Birthday Arissa

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Usia Rina

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, December 12, 2012

Ulangtahun Pertama Arissa Qairina


Pertama kali menyambut ulang tahun
18 November 2012 genap usia Arissa Qairina setahun. Syukur Alhamdulillah, Rina dah semakin besar dan panjang akal. Mama kata Rina tak nakal tapi panjang akal... macam-macam yang Rina explore dan cuba nak buat ...jatuh bangun tu dah kira biasa...
Sambutan ulangtahun bersama Wan Teh di kampung
 Baru-baru ini mama mengadakan majlis tahlil untuk arwah Tok dan Wan Mama atau pun moyang kepada Rina di Dong, Raub.. buat sikit majlis makan-makan meraikan ulangtahun Rina... Rina potong kek Angry Bird.
Pertama kali mandi kolam


Hello...hello... telatah si kecil Rina
Awal bulan November yang lalu, Mama menghadiri Academic Conference di Bukit Gambang Resort Kuantan. Kami sekeluarga turut menemani mama... seronoknya Rina dapat menjelajah tempat baru.
 
Di situ merupakan pengalaman pertama Rina mandi kolam.. Bila mama dan ibu-ibu lain ada seminar dan conference, semua ayah-ayah akan sibuk menjaga anak masing-masing...masa tu baru la tau hidup-tonggang langgang.. terutamanya kalau ada anak dua atau tiga orang.. tak menang tangan dibuatnya. Makan pun tak sempat.
 
Banyak perkara yang pertama kali Rina lalukan dalam hidup... pertama kali mandi kolam... pertama kali attend dinner dengan mama... dan macam2 lagi...
 
Nasib baik la kedua-dua kakak dan adik tak banyak karenah dan senang dijaga. Mama promise akan bawa lagi kalau Rina dan kakak Annisa tak banyak ragam....
 
Semoga Arissa Qairina dilindungi Allah selalu, panjang umur dan menjadi anak yang solehah dan mendengar kata mama dan ayah...

Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah 1434H

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1434H kepada semua pembaca-pembaca blog ini...
 
Salam Maal Hijrah 1434H
bersamaan
15 November 2012
 
 
 

Doa ini ada dalam Mushaf Surah Yaasin. Berikut disertakan terjemahan doa tersebut :



DOA AKHIR TAHUN




Doa ini dibaca pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib sebanyak tiga kali. Apabila doa ini dibaca, syaitan akan mengeluh dengan berkata,


“Sia-sialah kami sepanjang tahun ini kerana dia telah memusnahkan usaha kami, hanya dengan masa yang sebentar saja.”






“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji dan pujian hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam, kaum keluarga dan para sahabatnya. Ya Allah, apa yang telah kami lakukan pada sepanjang tahun ini, dari apa yang Engkau tegah kami daripada melakukannya, mana-mana yang tidak sempat kami bertaubat daripadanya, dan Engkau tidak meredhainya, dan Engkau tidak melupainya, malah Engkau berlemah-lembut pula ke atas kami walaupun Engkau berkuasa menyiksa kami, bahkan Engkau memberi peluang pula kepada kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat kepada-Mu, maka sesungguhnya kami memohon keampunan-Mu, maka ampunilah kami dan segala perbuatan kami, dari apa yang Engkau redhai dan Engkau telah menjanjikan kami dengan ganjaran pahala ke atasnya, maka kami memohon daripada-Mu, wahai Tuhan yang mempunyai segala kebesaran dan kemuliaan, semoga Engkau menerima amalan kami dan Engkau tidak memutuskan harapan kami kepada-Mu, wahai Tuhan yang Maha Mulia. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan dunia dan kebaikan akhirat, dan peliharalah kami daripada azab siksa api neraka. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam, ke atas keluarganya dan para sahabatnya. Dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.”





DOA AWAL TAHUN




Apabila masuk waktu Maghrib, bermulalah tahun baru (1 Muharam). Ketika ini doa awal tahun pula dibaca sebanyak tiga kali. Setelah membacanya, syaitan akan berkata,


“Amanlah dirinya, kerana dia dijaga oleh dua malaikat yang menjaganya dari syaitan dan pengikut-pengikutnya.”






"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji dan pujian hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam, keluarganya dan para sahabatnya.

Ya Allah Engkaulah yang kekal, qadim dan azali dan dengan segala kemurahan Engkau yang melimpah, kami memohon dengan kedatangan tahun baru ini, Engkau pelihara kami daripada syaitan yang direjam, para pembantu dan tenteranya, dan kami memohon pertolongan-Mu dalam melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada-Mu. Ya Allah, Tuhan yang mengubah segala keadaan, ubahlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan-Mu, Wahai Tuhan kami kurniakanlah kepada kami kebaikan dunia dan kebaikan akhirat, dan peliharalah kami daripada azab siksa api neraka. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam, ke atas keluarganya dan para sahabatnya. Dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.”
 


Sumber dari : CITU HAL EHWAL ISLAM

UiTM CAWANGAN JOHOR

Tuesday, October 23, 2012

11 bulan - Arissa Qairina

nakal dan comel
Usia baby Arissa Qairina 11 bulan pada 18 Oktober yang lalu. Kami ke McDonald's Segamat. Seperti biasa menu kegemaran yang pasti dibeli di McD adalah bubur ayam, kentang goreng dan ayam goreng. Annisa belum pandai makan burger lagi. Mama kata cukup la sebulan sekali atau dua kali makan di McDonald's. Tak boleh selalu sangat... Mama kata makan sayur, ikan dan buah je boleh banyak2.

Macam Upin jugak suka makan ayam goreng
 
Rina dah mula bertatih dan melangkah setapak dua. Baby Rina tak takut langsung. Tak macam kakak Annisa. Baby Rina selalu jatuh dan cepat bangun semula. Dan Rina juga selalu memanjat. Tak kira, panjat kerusi, sofa, kereta mainan kakak dan apa-apa sahaja. Jatuh terduduk pun dah kira biasa bagi Rina. Mama kata baby Rina ni terlebih berani, lasak, aktif dan jiwa kental. Ikut perangai ayah agaknya.
 

Suka buang dan campak barang-barang
 
Sebab tu kalau di rumah pengasuh, baby Rina akan jadi bahan kena usik. Ramai orang dan anak ibu pengasuh tu akan main dan buli baby Rina. Mungkin juga kerana Rina jarang menangis bila dibuli dan juga Rina jenis yang 'melawan' semula dan tidak mudah putus asa, itu yang membuatkan orang suka main dengan Rina. Hari-hari, ada je cerita yang akan disampaikan oleh ibu pengasuh kepada Mama setiap kali hendak pulang ke rumah.


Pertama kali gunting rambut oleh ayah sebab rambut depan dah panjang
 Ada kalanya pada sebelah petang di hujung minggu, ayah akan bawa kami ke taman permainan. Annisa dan Rina suka main gelungsur, buai dan jongkang-jongkit. Pada sebelah petang di sekitar rumah, mama akan bawa keluar Annisa dan Rina menaiki basikal kecil Annisa. Ada kalanya, Annisa akan menolak basikal kecil tersebut yang diduduki oleh baby Rina. Auntie-auntie di taman perumahan ni suka dukung dan main dengan baby Rina. Kadangkala bila dengar je kereta kami sampai di depan rumah, cepat-cepat auntie depan rumah datang dan dukung baby Rina.

Jalan-jalan dan bersiar di kawasan perumahan

Sekarang Rina dah kurang makan cerelac. Dia suka makan bubur nasi atau nasi panas. Gigi Rina dah ada sebatang (sebelah bawah). Rina suka minum vitagen, air kotak Milo dan air oren.

Tolong Mama mengemas barang-barang rumah
 Mama kata Rina paling suka 'mengemas". Tiap kali selepas Mama simpan dan kemas barang mainan yang berterabur, baby Rina akan tolong mengeluarkan semula barang mainan tersebut. Tapi Annisa anak yang paling rajin. ANnisa selalu tolong mama kemas barang mainan, buang sampah, lapkan air yang ditumpahkan oleh baby Rina dan juga buang lampin pakai buang adik.
 
Kata Mama, baby Rina hanya akan diam bila waktu tidur sahaja. Kalau tak, Rina akan main dan main dan main sahaja....itu la karenah dan telatah anak-anak....

Monday, October 1, 2012

Tumbuh Gigi

Gambar kenangan di pintu masuk River Cruise
Baru-baru ini pada 10-12 September yang lalu, kami semua ke Melaka kerana mama perlu menghadiri kursus PhD selama tiga hari. Kami bermalam di rumah Acik (kakak kepada Ayah) selama tiga hari di sana. Ayah yang menguruskan Annisa dan Rina pada waktu siang setelah mama pergi kerja.

Gatal gusi...baru tumbuh sebatang gigi @ usia 10 bulan...
 
Pada sebelah malamnya, kami keluar bersiar-siar di bandar Melaka. Mama bawa kami semua menaiki bot di Sungai Melaka (River Cruise). Pemandangannya amat cantik, penuh lampu warna-warni...tapi air sungainya agak busuk. Setiap orang dewasa dikenakan caj RM10.00 untuk masuk dan menaiki bot tersebut. Perjalanan selama kira-kira 30 minit bermula dari Taman Herba/Rempah sehingga ke Bandar Hilir (muzium kapal).Dan kemudian bot akan berpatah balik ke Taman Herba/Rempah semula. Jika pada hujung minggu, terlalu ramai pengunjung yang datang dan terpaksa beratur panjang. Namun pada hari biasa, ianya agak berkurangan dan tidak perlu bersesak-sesak.

Mengantuknya naik bot nie..
 
Pada keesokan malamnya, Mama dan Ayah bawa Annisa dan baby Rina ke Taman Tema ' Fun Fair' di Bandar Hilir pula. Annisa dan adik menaiki tren. Nampaknya adik Rina lebih berani naik tren tersebut. Annisa menangis bila keretapi mula bergerak. Ini adalah pengalaman pertama baby Rina naik tren dan ke 'Fun Fair'. Ayah juga dapat 1st prize untuk mainan BINGO. Dapat la Annisa hadiah keyboard kecil yang bernilai sekitar RM70.00. Seronok bukan kepalang Annisa..

Peace... belum pandai buat peace lagi...
Baby Rina sudah mula tumbuh gigi. Ada sebatang gigi sebelah bawah yang mula tumbuh dan keras. Adik memang suka makan. Dia akan makan apa sahaja samada yang mama atau orang bagi..atau pun dia akan mengutip apa sahaja yang dia nampak di atas lantai... memang lumrah bagi bayi yang sedang merangkak. tapi Mama selalu marah adik, bila nampak adik mengutip apa-apa di atas lantai, lalu dimasukkan ke dalam mulut. Ayah pula kadangkala panggil adik dengan gelaran "Majlis" atau "Bandaraya" sebab adik mengutip sampah atau apa-apa yang ada di lantai.


Banyaknya bear


Annisa pula dah makin banyak perkataan-perkataan baru yang kuar dari mulutnya. Huruf M, A, B, O pun dah kenal. Kalau Mama baca paper, Annisa pun nak jugak baca paper. Kalau Mama pegang buku, Annisa pun cepat-cepat cari buku dan pura-pura membacanya juga. Tapi ntah apa-apa perkataan yang keluar dari mulutnya.

Tapi sudah tiga empat malam ni, Annisa suka menangis ketika sedang tidur. Mengigau agaknya. Pernah dua hari lepas, Annisa macam bercakap seorang diri.. tiba-tiba sebut 'babai' dan memandang ke arah pintu. Bila Mama tanya siapa..Annisa kata hantu...

Annisa dah tak sabar nak balik kampung jumpa Atuk dan Wan minggu nie.. dapat jumpa sepupu-sepupu Annisa... iaitu kak Long Alesya, Kak Ngah Mina, Adani, dan Raessa...Kalau Pak Ngah balik, dapat juga jumpa Abg Shaqeel dan adik Shameel.... Jumpa lagi..

Tuesday, August 14, 2012

Kunjungan ke Johor Bahru sempena majlis pertunangan Abg Emyzar

Ini lah homestay Hj Othman di Bandar Baru Uda - 4 bilik tidur
 
Bulan Jun yang lalu ketika cuti sekolah, kami sekeluarga ke Johor Bahru. Ianya adalah bersempena dengan majlis pertunangan abg Emyzar (anak Mak Ngah Milah). Tunang Abg Emy orang Pandan. Kami menyewa homestay di Bandar Baru Uda.. RM250 kadar bayaran untuk satu malam. Amat berbaloi sebab boleh masak di rumah tu, hall yang selesa sebab ada air cond dan rumah yang dekat dengan Plaza Angsana dan Danga Bay.

Majlis pertunangan Emy dan Ina

Pada malamnya, kami bersiar-siar ke Danga Bay dan makan stimboat di Dataran/Menara Jam MBJB. Puas hati Annisa dapat main di Danga Bay. Dapat naik tren dan beca di situ. Ramai famili yang bawa ahli keluarga bersama sempena dengan cuti sekolah. Makin lewat malam, makin ramai yang keluar bawa keluarga bersiar2... kalau dulu di kampung, orang dah tak keluar rumah lewat malam..



Malam kedua pula kami tidur di homestay di Bandar Seri Alam. Rumah dua tingkat yang mempunyai empat bilik. Kami ke Tg Langsat untuk menikmati hidangan seafood (makanan laut) di tepi laut. Selepas makan malam, kaum lelaki mula la dengan projek memancing di jeti Tg Langsat tersebut. Ramai kaki pancing bawa famili memancing bersama. Kebanyakan dapat ketam, berbanding ikan.  Kalau yang nak cuba memancing di kelong, boleh sewa bot dari jeti tu jugak.


Ketika membeli belah UO di Plaza Angsana, mama beli barang dari Johnson & Johnson. Annisa dan baby ARissa pula masuk contest/pertandingan bayi comel..tapi tak menang apa2 pun... snap photo je kat sana...untuk dihantar ke HQ J&J.. beli barangan J&J bernilai RM10, layak menyertai pertandingan ini. Ketika nak balik, terserempak dengan pelakon kanak2 Mia di Plaza Angsana.

Menangis la pulak ketika nak shooting amik gambar

Insya Allah, tahun hadapan bulan Jun, kami akan ke JB semula untuk majlis perkahwinan abg Emy dan kak Ina pula...

Ramadan pertama buat Arissa.. 2012


Hari ini adalah 25 Ramadhan. Tinggal beberapa hari saja lagi Hari Raya Aidilfitri.Tahun ini adalah Ramadan yang pertama untuk Arissa.Manakala Ramadhan yang ketika buat Annisa.



Baby Arissa dah mula belajar nak berdiri. Pantang je jumpa kerusi, meja atau apa2 yang boleh dipegang untuk sokongan, pasti Arissa cuba nak berdiri. Ohh... makin lasak rupanya bila dah semakin besar. Diam-diam berisi... tak boleh leka dan ditinggalkan main sorang-sorang.. pasti ada je nanti yang 'dikerjakan' nya. Masukkan objek dalam mulut la, 'kemas' barang mainan la dan lain-lain. Si baby ni dalam diam-diam, rupanya pantas sangat tangannya... capai sana-sini.. tak dok diam. Ada je akalnya berjalan, nak buat macam-macam... Tok sah percaya la kalau dia diam je..ada la apa2 yang dibuatnya... kekadang getah rambut kakak pun masuk mulut.. ingatkkan kunyah apa benda.. nasib baik tak tertelan...



Arissa pun dah mahir merangkak. Kalau dua tiga bulan dulu Arissa lebih banyak 'menguak dada' macam berenang atas darat, tapi kali ini lebih banyak merangkak. Mungkin dulu sayangkan lutut, takut lutut sakit kot.Duduk pun masih belum stabil lagi.. bila atas tilam, dia berani duduk lama2..lepas tu jatuh... perlu praktis lagi nie..



Annisa pula dah makin banyak patah perkataan yang keluar dari mulutnya. Tapi masih pelat-pelat lagi. Banyak perkataannya bermula huruf A.. contohnya amma (mama), abby (baby), akkit (sakit), andi (mandi).... kalau perkataan yang bermula huruf A, amat lancar sekali sebutannya...contohnya ayah, atuk, angah, adik, Ada... Tapi kalau suruh sebut Along.. dia akan keluar jadi "awoong....bukannya along"....


Itu la telatah anak-anak yang semakin membesar. Kadangkala kedua-duanya dah pandai bergaduh..adik pukul kepala kakak, kakaknya pula pukul belakang adik. Adik pulak pandai rebut straw botol susu kakak, mana la si kakak tak angin...


Thursday, June 21, 2012

Kunjungan ke Zoo Ayer Keroh, Melaka

Burung apa tu Mama?
 Agak lama Mama tak update blog ini, mungkin kerana kesibukan dan kengkangan masa. Bulan Mei yang lepas, Annisa dan baby Arissa dibawa oleh Mama dan Ayah ke Zoo Melaka. Jika selama ini Annisa tengok binatang ni di TV dan buku sahaja, tapi Annisa dapat tengok secara live atau langsung haiwan-haiwan ni.

Orang Utan yang amat peramah dan suka menonjolkan diri bila ditonton oleh pengunjung
Lawatan 4 jam ke Zoo Melaka Ayer Keroh amat menyeronokkan bagi Annisa. Tapi baby Arissa masih belum pandai lagi dan belum mengenali haiwan-haiwan ini. Antara haiwan yang dapat Annisa lihat adalah beberapa ekor gajah, zirafah, orang utan, harimau, pelbagai jenis burung, reptilia dan ikan.

Dah penat berjalan, kami naik tram pula

Cuma kata Mama, zoo ni dah uzur, dah lama dan kurang aktiviti. Kami sempat melihat persembahan di pentas pertunjukan. Tapi agak menghampakan kerana persembahan selama 15 minit itu hanya mempersembahkan beberapa ekor burung kakak tua yang bermain bola keranjang, membuang sampah dan menyelesaikan masalah matematik. Haiwan lain tidak membuat pertunjukan. Cuma ada Orang Utan yang bermain-main dan bergayut di atas pokok yang menarik perhatian pengunjung.

Naik tram 30 minit, kalau berjalan 2 jam untuk mengelilingi zoo ni

Jika dibandingkan dengan Zoo Negara KL, banyak juga pertunjukan haiwan yang diadakan di sana. Mama pernah ke Zoo dan Taman Safari di Pataya dan Bangkok. Memang jauh berbeza pertunjukan haiwan dan persembahan binatang yang diadakan di sana. Mereka amat kreatif , dan berani mengadakan pertunjukan binatang seperti ikan lumba2, buaya, ular, gajah, monyet dan orang Utan serta pelbagai jenis burung yang membuat persembahan. Malah di sana,  pengunjung juga boleh bergambar dengan anak harimau, Orang Utan, menunggang gajah dan kuda serta memegang ular.

Bila la agaknya Zoo Melaka akan membuat perubahan. Kalau servis masih di tahap yang sama dan tiada perubahan, mcam mana la mereka nak survive dan menarik kedatangan pengunjung ke zoo..

Saturday, June 9, 2012

Telatah Anak-anak

Barang mainan si Kakak pun dirampas oleh si Adik

Annisa genap usianya 2 tahun 2 bulan. Manakala Arissa 6 bulan 3 minggu.Masing-masing semakin membesar, bijak dan mencuit hati saya.

Suatu hari di bilik... "Mama..mama...baby wat"..sambil ditangan Annisa menunjukkan majalah Upin dan Ipin yang telah dikoyakkan oleh adiknya, Arissa. Kesian Annisa, sudah tiga kali baby Arissa mengoyakkan majalah tersebut. Sibuk la dia bawa majalah tersebut mengadu kat mama dan ayah.

Seorang lemah-lembut, berhalus, berhati-hati, cermat dan pemerhati...mana seorang lagi lasak, lincah, aktif dan agresif.. amat berbeza perwatakan antara keduanya.

Suatu hari di dapur.... "Mama...mama..." menangis dan menjerit ketakutan si Kakak.. rupa-rupanya adiknya si Arissa dah 'menyerang' si Kakak menggunakan 'walker'.. habis seluruh ceruk rumah baby Arissa pergi..kalau boleh dia nak masuk ke bilik air dan bilik stor dengan walker tersebut. Tiap kali Arissa meninjau dan menjelajah rumah dengan walker, tiap kali itu la Annisa akan ketakutan dan tak senang duduk kalau-kalau si Adik mendekatinya.. Memang sakit rupanya kalau kaki dilanggar oleh walker tu.. patut la Annisa menangis dan jadi fobia...

Baby Arissa sudah pandai meniarap.. boleh berguling-guling meniarap ke kiri dan ke kanan... ada masanya beliau akan cuba mengangkat punggung seperti mahu merangkak pula. Mungkin dalam dua tiga minggu ni beliau akan kerap cuba merangkak pula.

Kalau bab makan, jangan lambat suap ke mulut Arissa, pasti dia menjerit-jerit.. Dan kalau kita menyanyi, baby Arissa pun akan turut menyanyi...humming sekali...

Annisa pula sudah banyak patah tutur kata nya...kalau dua bulan lepas beliau akan bercakap dua patah perkataan...."Mama..susu"... tapi kini sudah tiga patah perkataan dalam satu ayat.."Mama..nak susu"...
Annisa pula mudah meniru gaya, cara cakap dan perbuatan kita...Terutamanya bila Ayah sedang bercakap di telefon..Mula la dia pun meniru gaya ayahnya bercakap..ntah apa-apa keluar ayat Jerman...

Seronok melihat perkembangan kedua-dua puteri ini yang berlainan perwatakannya..Tak sabar rasanya melihat mereka membesar bersama-sama... pasti si Kakak kena buli dengan adik...

Tuesday, April 10, 2012

Selamat Ulangtahun ke 2 - Annisa Qaisara

Dua tahun usianya...

9 April 2012 merupakan ulang tahun Annisa yang ke 2. Atuk, Wan dan Kak Ngah Mina datang dari Bentong untuk meraikan hari lahir Annisa. Pada tanggal 8 April (Ahad), mama@ ibu mengundang beberapa kawan mama untuk acara 'makan-makan' di rumah bagi meraikan hari lahir Annisa.


Annisa seronok sebab dapat kek Upin. Annisa agak pemalu semasa acara meniup lilin. Baby Arissa yang terlalu teruja tidak duduk diam untuk memotong kek...

Baby Arissa turut menemani Annisa meniup lilin
Ucapan dan doa mama@ibu untuk Annisa, agar menjadi anak yang solehah dan disenangi oleh semua orang.. semoga berjaya di dunia dan di akhirat serta dilindungiNya selalu.

Tuesday, March 6, 2012

Susu Ibu atau Susu Lembu@ Formula?

Baby Annisa semasa dalam pantang/hari

Kata ibu, Annisa dan baby Arissa anak yang manja...kedua-dua sama saja...kecik-kecik dah pandai memilih...tak mau susu botol atau formula..nak susu ibu.

Bukan ibu tak mau susukan Annisa dan Arissa. Tapi kesian kat ibu.. bila lapar, ibu akan berlari-lari menaiki tangga rumah pengasuh di tempat kerja ibu untuk menyusukan anak2 ibu. Bila lewat bagi susu, mula la menangis. Kesian ibu siti (pengasuh Annisa dan Arissa), sebab terpaksa call ibu supaya ibu dapat balik dan susukan Annisa dan Arissa.

Tapi ibu tak kisah. Ibu buat ni semua untuk anak2 ibu. Walau hujan, panas, kepenatan selepas habis kelas, kelaparan sebab ibu tak sempat makan, tapi ibu akan utamakan anak-anak - Annisa dan Arissa. Biar orang kata apa sekali pun...ibu ni manjakan sangat anak-anak sebab tu anak-anak tak nak susu botol@formula... orang kata nanti susah nak tinggalkan kalau kena kursus jauh-jauh atau lama-lama dan sebagainya.

Tapi ibu tak kisah itu semua. Ibu tetap bawa anak-anak ibu ke mana juga ibu pergi. Semasa ibu kursus induksi dua minggu di KG Gajah , Perak, ibu bawa ayah dan Annisa sekali. Sabtu ni ibu akan menghadiri dan membentangkan kertas kerja di Bandung, ibu akan bawa Annisa dan baby Arissa serta ayah untuk jaga kedua-duanya..

Ibu tak kisah keluarkan banyak wang ringgit, asalkan anak-anak ibu dapat yang terbaik dan berada di depan mata ibu. Disebabkan susu ibu juga, Annisa dan Arissa jarang sekali kena demam atau apa-apa penyakit yang serius. Syukur Alhamdulillah, mungkin disebabkan khasiat susu ibu. Di samping menjimatkan duit poket beli susu tin@formula, sekurang-kurangnya ia dapat mengeratkan lagi hubungan ibu dan anak. Selagi termampu menyusukan bayi, selagi itu la ibu akan menyusukan anak2 ibu seikhlas hati. Mudah2an setiap titisan susu itu dapat menguatkan segala tulang dan otot, menjadikan pertahanan badan semakin baik, tahap kesihatan yang baik serta minda yang cergas.

“Susuilah bayi itu dengan kasih dan sayang. Pasti kita tenang dan tidak rasa terbeban. Ia amanah Allah, lakukan dengan ikhlas keranaNya. Sesungguhnya kita manusia lemah lagi tidak bermaya, mahu melakukan perkara yang baik pun kita perlu memohon dari Allah yang maha berkuasa.”
“Lagipun manakan sama susu ibu dengan susu lembu..”

Dalam surah Surah Al-Baqarah, ayat 233, firman Allah SWT yang bermaksud,
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang makruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan juga seorang ayah karena anaknya, dan waris pun berkewajiban demikian.

Apabila keduanya ingin meleraikan susuan (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.”


Doa Memperbanyakkan Susu.......Surah Al-Baqarah:Ayat 60.
Maksudnya:
Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu". Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air. Sungguh tiap-tiap suku telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing)[55]. Makan dan minumlah rezki (yang diberikan) Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi dengan berbuat kerusakan.
Cara-cara mengamalnya:

#1. Berdoa:
“Ya Allah permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk anakku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menurut segala yang telah Engkau syariatkan. AMIN”

#2. Baca Salawat Nabi dan Bismillah sebelum menyusu dan mengepam.

#3. Baca Surah Al Baqarah ayat 60 dan letakkan tangan pada payudara, usap, dan doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak aku supaya aku mampu keluarkan susu yang cukup pada anak aku sehingga sekurang-kurangnya umurnya 2 tahun. InsyaAllah........

Wednesday, February 29, 2012

Baby oh baby..

Usia baby Arissa dah tiga bulan seminggu. Usia si kakak Annisa pula 1 tahun 10 bulan dan 3 minggu.
Dah seminggu mereka di hantar ke rumah pengasuh di Kolej Mutiara UiTM.

Si kakak berebut nak buai...tak boleh si adik naik buai langsung.
Si adik pulak meragam, kekadang tak nak susu botol....

" Puan, balik la puan... baby tak nak susu botol..tak dapat nak tolong dah.."

Hmm.... terpaksalah ibu@ mama ni berlari-lari anak mendaki tingkat 4 blok Kolej Mutiara untuk susukan baby Arissa.. Oh..dah pandai meragam pulak si baby ni...

Tapi setakat hari ni, si baby memang kuat tidur dan tak banyak karenah... pantang je naik kereta, dia akan tidur. Tapi bila kereta berhenti, mula la bangun dan menangis.

Si kakak nya pula dah boleh di harap untuk suruh buat itu ini....
" annisa...tolong ibu / mama buang sampah kat dalam bakul sampah"...
"annisa...tolong ambil kan tisu tu"
"annisa...tolong masukkan baju yang dah dipakai ke dalam bakul baju tu"

Maka terkedek-kedek dan terhegeh-hegeh la Annisa berjalan menuju ke tempat yang disuruh.

Hmm...dah makin besar rupanya mereka.. masa amat pantas berlalu....
Syukur alhamdulillah, mereka baik dan tak banyak karenah...

Monday, February 13, 2012

Balik Rumah

Semalam Tok dan Wan Ani hantar Annisa dan Arissa balik rumah di Jementah, Segamat. Hampir tiga bulan kami meninggalkan rumah dan duduk di rumah Wan Ani. Ibu berpantang di Bentong. Selepas ibu habis berpantang, tunggu majlis aqiqah Arissa pula. Lepas tu ayah pulak ada buat kerja di beberapa tempat di sana. Jadi, ini lah pertama kalii Arissa melihat dan menjejakkan kaki ke rumah sendiri di Jementah.

Nasib baik juga Tok dan Wan ikut sama. Maklum la, rumah yang dah lama ditinggalkan, pasti berhabuk dan kotor. Banyak juga yang perlu dibersihkan. Luar rumah pun semak dengan lalang dan kemuncup...

Adik Arissa agak pelik melihat dan masuk ke rumah sendiri. Mula la memandang ke sana sini untuk menyesuaikan diri. Annisa pula sejak dapat kaki ni, asyik berjalan meninjau dapur, bilik, ruang makan dan ruang tamu. Habis la rak pinggan dan almari baju turut dikemas oleh Annisa. Kalau dulu Annisa merangkak je, tak sampai nak kemas rak pinggan atau kabinet dapur dan almari baju, tapi kini Annisa dah boleh buat tu semua. Itu tandanya Annisa dah tinggi...dah besar...dah boleh berdikari.. dah mula pandai berimaginasi dan dah mula pandai 'mengemas'...alahai Annisa...

Kalau dulu Annisa akan merangkak bila di panggil..tapi kini bila ibu panggil, Annisa dah boleh jalan ke arah ibu ..walau terkedek-kedek dan sesekali terjatuh bila tersampuk, Annisa akan pergi sendiri ke arah ibu atau ayah..seronok bukan kepalang Annisa bila dah dapat kaki..

Esok Wan Ani dan Tok Sahari akan balik ke Bentong.Tinggal la kami berempat beranak. Mungkin Annisa akan sunyi dan mencari suara2 mereka..Annisa akan ....
RINDUkan suara mereka,
RINDU ibermain di waktu petang di laman rumah Wan yang luas,
RINDU tengok TOk bagi makan ikan kelah dan burung,
RINDU turun naik tangga yang tinggi kat rumah Wan,
RINDU mendengar jerit pekik suara Mak De marahkan anak2, dan
RINDU kan air tangan Wan yang sentiasa masak makanan yang sedap untuk kami *sampai Annisa bertambah berat badan dari 8.2 kg ke 9.5 kg*, .
sebab selama hampir 3 bulan Annisa ada ramai kawan kat sana..ada Kak Long Lesya, Kak Ngah Mina, Adani, Tok dan Wan di rumah Bentong..kekadang ada Raesa, Shaqeel dan Shameel...tapi di sini, Annisa akan berkawan dengan adik Arissa sahaja....tak pe...nanti bila cuti panjang, Annisa akan balik kampung melawat mereka... Yang paling best, Annisa tak akan kena buli dengan Adani lagi..tapi giliran Annisa buli adik Arissa...hahaha..
Dah pandai berjalan sejak duduk di rumah Wan Ani
Terima kasih buat keluarga Wan Ani dan Mak De Ita di Bentong dan Pak Su Ijai sebab jaga kami dengan baik sepanjang ibu berpantang di Bentong..serta melatih Annisa berjalan.. malah Keluarga Wan Teh di Dong dan Tok Dak Suhaimi di Raub sebab ambil alih tugas menjaga ibu, Annisa dan Arissa sepanjang Wan dan Atok makan angin ke Mesir dan Bandung. Semoga Allah permudahkan segala urusan mereka, membalas jasa baik mereka dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah buat mereka semua... Amin..

Sunday, January 29, 2012

Pengalaman bercuti ke Port Dickson - Lexis PD

Lena diulit mimpi kedua-dua beradik (kakak dan adik)
Baru- baru ni pada 11 Januari 2012, ibu dan ayah bawa Annisa dan Arissa bercuti ke Port Dickson.. kami menginap di Lexis Hotel di Lukut/PD. Ianya terletak lebih kurang 2 km dari bandar PD.

Takutnya Annisa berjalan atas lantai cermin kaca nie...lutsinar, nampak air di bawahnya

Ianya pengalaman yang amat menarik sebab dapat menginap di water chalet yang dikelilingi oleh laut. Mungkin ayah orang yang paling gembira sebab dapat memancing ikan dan juga ketam. Kami dapat 11 ekor ketam pada hari tersebut. 
Wah, dari tingkap bilik boleh nampak air laut dan joran ayah...



Dah nak balik... lain kali datang sini lagi ya ibu..kita bawa orang kampung semua,.

Dari tingkap bilik pula, boleh nampak air laut dan laut yang terbentang luas. Ayah memancing di balkoni chalet tersebut. Sambil memancing, ayah boleh jaga Annisa dan Arissa di bilik. Tak perlu keluar bilik untuk memancing. Bathtub bilik ni pun besar.. seronok Annisa dapat mandi dan berendam di bathtub.. tunggu la adik besar nanti.. pasti dapat berendam bersama kakak..

Di PD Ostrich Farm...ini burung unta jantan...
Ni pula burung unta betina..beza dari segi warna bulunya dan kakinya
Sebelum balik, kami singgah ke PD Ostrich Farm yang terletak tidak jauh dari Teluk Kemang (berhadapan dengan Politeknik PD). Untuk masuk ke Ostrich Farm ni, orang dewasa dikenakan bayaran RM8 setiap orang. Selain burung unta, ada juga terdapat ayam hutan, ayam serama, pelbagai jenis burung, kambing, arnab, ular dan beberapa haiwan lain. Telur burung unta juga boleh dipijak oleh orang dewasa yang seberat 130kg tanpa pecah..

Dalam perjalanan pulang, kami juga singgah ke Nilai sebab nak beli  bunga telur dan cenderamata untuk majlis aqiqah dan cukur jambul Arissa Qairina... Nasib baik baby Arissa baik dan tak meragam..ibu janji nak bawa lagi makan angin akan datang kalau kedua2nya baik dan tak nakal....mungkin luar dari Malaysia pula lepas nie...

Renungan buat anak-anakku...dan peringatan buat diriku sendiri

KATA-KATA YANG MEMBUAT RAMAI SEBAK

» Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
... » Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
» Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
» Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
» Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
» Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”.

Tetapi

» Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
» Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
» Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga

Pemberian jambangan bunga dari seorang ayah sempena kelahiran baby ke 2 baru-baru ini.. TQ abah..