nakal dan comel |
Usia baby Arissa Qairina 11 bulan pada 18 Oktober yang lalu. Kami ke McDonald's Segamat. Seperti biasa menu kegemaran yang pasti dibeli di McD adalah bubur ayam, kentang goreng dan ayam goreng. Annisa belum pandai makan burger lagi. Mama kata cukup la sebulan sekali atau dua kali makan di McDonald's. Tak boleh selalu sangat... Mama kata makan sayur, ikan dan buah je boleh banyak2.
Macam Upin jugak suka makan ayam goreng |
Rina dah mula bertatih dan melangkah setapak dua. Baby Rina tak takut langsung. Tak macam kakak Annisa. Baby Rina selalu jatuh dan cepat bangun semula. Dan Rina juga selalu memanjat. Tak kira, panjat kerusi, sofa, kereta mainan kakak dan apa-apa sahaja. Jatuh terduduk pun dah kira biasa bagi Rina. Mama kata baby Rina ni terlebih berani, lasak, aktif dan jiwa kental. Ikut perangai ayah agaknya.
Suka buang dan campak barang-barang |
Sebab tu kalau di rumah pengasuh, baby Rina akan jadi bahan kena usik. Ramai orang dan anak ibu pengasuh tu akan main dan buli baby Rina. Mungkin juga kerana Rina jarang menangis bila dibuli dan juga Rina jenis yang 'melawan' semula dan tidak mudah putus asa, itu yang membuatkan orang suka main dengan Rina. Hari-hari, ada je cerita yang akan disampaikan oleh ibu pengasuh kepada Mama setiap kali hendak pulang ke rumah.
Pertama kali gunting rambut oleh ayah sebab rambut depan dah panjang |
Ada kalanya pada sebelah petang di hujung minggu, ayah akan bawa kami ke taman permainan. Annisa dan Rina suka main gelungsur, buai dan jongkang-jongkit. Pada sebelah petang di sekitar rumah, mama akan bawa keluar Annisa dan Rina menaiki basikal kecil Annisa. Ada kalanya, Annisa akan menolak basikal kecil tersebut yang diduduki oleh baby Rina. Auntie-auntie di taman perumahan ni suka dukung dan main dengan baby Rina. Kadangkala bila dengar je kereta kami sampai di depan rumah, cepat-cepat auntie depan rumah datang dan dukung baby Rina.
Jalan-jalan dan bersiar di kawasan perumahan |
Sekarang Rina dah kurang makan cerelac. Dia suka makan bubur nasi atau nasi panas. Gigi Rina dah ada sebatang (sebelah bawah). Rina suka minum vitagen, air kotak Milo dan air oren.
Tolong Mama mengemas barang-barang rumah |
Mama kata Rina paling suka 'mengemas". Tiap kali selepas Mama simpan dan kemas barang mainan yang berterabur, baby Rina akan tolong mengeluarkan semula barang mainan tersebut. Tapi Annisa anak yang paling rajin. ANnisa selalu tolong mama kemas barang mainan, buang sampah, lapkan air yang ditumpahkan oleh baby Rina dan juga buang lampin pakai buang adik.
Kata Mama, baby Rina hanya akan diam bila waktu tidur sahaja. Kalau tak, Rina akan main dan main dan main sahaja....itu la karenah dan telatah anak-anak....
No comments:
Post a Comment