Birthday Arissa

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Usia Rina

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, December 29, 2015

Ulangtahun AQ1, AQ2 dan AQ3

Kek AQ3 - Zarra genap umur 1 tahun

Agak lama tak update entri di sini, Mama agak sibuk dengan pengajian mama..
Untuk recap semula gambar dan kenangan ulangtahun bagi Annisa Qaisara (AQ1), Arrisa Qairina (AQ2) dan Azzalea Qaizarra (AQ3).


Sambutan ulangtahun Zarra yang pertama secara kecil-kecilan di rumah atok saudara di KL. Kebetulan mama ada kerja di KL.. dan Atok Sahari pula baru lepas kimo. So, majlis sambutan kecil-kecilan di buat bersama saudara-mara yang rapat.


Zarra bersama Atok.. dapat hadiah DVD player dari ATOK

Rina (AQ2) bersama kawan2 tadika Kemas Batu 11 Jementah dan Cikgu Hajar
Berlainan pula dengan AQ2- Rina yang menyambut ulangtahun di taman permainan dan rekreasi Jementah. Kebetulan di hujung2 persekolahan cikgu Hajar nak bawa pelajar2 merasai pengalaman naik lori, jadi mama pun adakan sekali sambutan di sini. Seronok juga sesekali dapat berkumpul ramai2 di taman outdoor seperti ini.



Kek RIna - 4 tahun pada 18 November 2015.
Di sebabkan 18 Nov jatuh pada hari cuti (public holiday JOhor), mama mengadakan majlis ini awal. 

Kek ulang tahun Annisa AQ1 pada tanggal 9 April 2015
 Manakala ulangtahun Annisa terlebih dahulu diadakan pada 9 April 2015 di Tadika KEMAS Batu 11 Jementah.  Majlis yang sangat simple bersama kawan2 di sekolah. Kebetulan masa tu ada dua sessi persekolahan . Annisa dan Rina bersekolah sessi petang. Jadi kawan2 pun tak berapa ramai pada sessi petang.

Mama terpaksa la beli dua kek semasa birthday Annisa sebab Rina pun selalunya tak nak ketinggalan dan berebut barang kakak.. nak tak nak...beli la satu kek extra untuk Rina.. temanya FROZEN...


Semoga ketiga-tiga mereka menjadi anak yang solehah,.. anak syurga dan berjaya di dunia dan akhirat. Aamiin...sayang semua...