Birthday Arissa

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Usia Rina

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, June 21, 2012

Kunjungan ke Zoo Ayer Keroh, Melaka

Burung apa tu Mama?
 Agak lama Mama tak update blog ini, mungkin kerana kesibukan dan kengkangan masa. Bulan Mei yang lepas, Annisa dan baby Arissa dibawa oleh Mama dan Ayah ke Zoo Melaka. Jika selama ini Annisa tengok binatang ni di TV dan buku sahaja, tapi Annisa dapat tengok secara live atau langsung haiwan-haiwan ni.

Orang Utan yang amat peramah dan suka menonjolkan diri bila ditonton oleh pengunjung
Lawatan 4 jam ke Zoo Melaka Ayer Keroh amat menyeronokkan bagi Annisa. Tapi baby Arissa masih belum pandai lagi dan belum mengenali haiwan-haiwan ini. Antara haiwan yang dapat Annisa lihat adalah beberapa ekor gajah, zirafah, orang utan, harimau, pelbagai jenis burung, reptilia dan ikan.

Dah penat berjalan, kami naik tram pula

Cuma kata Mama, zoo ni dah uzur, dah lama dan kurang aktiviti. Kami sempat melihat persembahan di pentas pertunjukan. Tapi agak menghampakan kerana persembahan selama 15 minit itu hanya mempersembahkan beberapa ekor burung kakak tua yang bermain bola keranjang, membuang sampah dan menyelesaikan masalah matematik. Haiwan lain tidak membuat pertunjukan. Cuma ada Orang Utan yang bermain-main dan bergayut di atas pokok yang menarik perhatian pengunjung.

Naik tram 30 minit, kalau berjalan 2 jam untuk mengelilingi zoo ni

Jika dibandingkan dengan Zoo Negara KL, banyak juga pertunjukan haiwan yang diadakan di sana. Mama pernah ke Zoo dan Taman Safari di Pataya dan Bangkok. Memang jauh berbeza pertunjukan haiwan dan persembahan binatang yang diadakan di sana. Mereka amat kreatif , dan berani mengadakan pertunjukan binatang seperti ikan lumba2, buaya, ular, gajah, monyet dan orang Utan serta pelbagai jenis burung yang membuat persembahan. Malah di sana,  pengunjung juga boleh bergambar dengan anak harimau, Orang Utan, menunggang gajah dan kuda serta memegang ular.

Bila la agaknya Zoo Melaka akan membuat perubahan. Kalau servis masih di tahap yang sama dan tiada perubahan, mcam mana la mereka nak survive dan menarik kedatangan pengunjung ke zoo..

No comments:

Post a Comment