Barang mainan si Kakak pun dirampas oleh si Adik |
Annisa genap usianya 2 tahun 2 bulan. Manakala Arissa 6 bulan 3 minggu.Masing-masing semakin membesar, bijak dan mencuit hati saya.
Suatu hari di bilik... "Mama..mama...baby wat"..sambil ditangan Annisa menunjukkan majalah Upin dan Ipin yang telah dikoyakkan oleh adiknya, Arissa. Kesian Annisa, sudah tiga kali baby Arissa mengoyakkan majalah tersebut. Sibuk la dia bawa majalah tersebut mengadu kat mama dan ayah.
Seorang lemah-lembut, berhalus, berhati-hati, cermat dan pemerhati...mana seorang lagi lasak, lincah, aktif dan agresif.. amat berbeza perwatakan antara keduanya.
Suatu hari di dapur.... "Mama...mama..." menangis dan menjerit ketakutan si Kakak.. rupa-rupanya adiknya si Arissa dah 'menyerang' si Kakak menggunakan 'walker'.. habis seluruh ceruk rumah baby Arissa pergi..kalau boleh dia nak masuk ke bilik air dan bilik stor dengan walker tersebut. Tiap kali Arissa meninjau dan menjelajah rumah dengan walker, tiap kali itu la Annisa akan ketakutan dan tak senang duduk kalau-kalau si Adik mendekatinya.. Memang sakit rupanya kalau kaki dilanggar oleh walker tu.. patut la Annisa menangis dan jadi fobia...
Baby Arissa sudah pandai meniarap.. boleh berguling-guling meniarap ke kiri dan ke kanan... ada masanya beliau akan cuba mengangkat punggung seperti mahu merangkak pula. Mungkin dalam dua tiga minggu ni beliau akan kerap cuba merangkak pula.
Kalau bab makan, jangan lambat suap ke mulut Arissa, pasti dia menjerit-jerit.. Dan kalau kita menyanyi, baby Arissa pun akan turut menyanyi...humming sekali...
Annisa pula sudah banyak patah tutur kata nya...kalau dua bulan lepas beliau akan bercakap dua patah perkataan...."Mama..susu"... tapi kini sudah tiga patah perkataan dalam satu ayat.."Mama..nak susu"...
Annisa pula mudah meniru gaya, cara cakap dan perbuatan kita...Terutamanya bila Ayah sedang bercakap di telefon..Mula la dia pun meniru gaya ayahnya bercakap..ntah apa-apa keluar ayat Jerman...
Seronok melihat perkembangan kedua-dua puteri ini yang berlainan perwatakannya..Tak sabar rasanya melihat mereka membesar bersama-sama... pasti si Kakak kena buli dengan adik...
No comments:
Post a Comment