|
Lena diulit mimpi kedua-dua beradik (kakak dan adik) |
Baru- baru ni pada 11 Januari 2012, ibu dan ayah bawa Annisa dan Arissa bercuti ke Port Dickson.. kami menginap di Lexis Hotel di Lukut/PD. Ianya terletak lebih kurang 2 km dari bandar PD.
|
Takutnya Annisa berjalan atas lantai cermin kaca nie...lutsinar, nampak air di bawahnya |
Ianya pengalaman yang amat menarik sebab dapat menginap di water chalet yang dikelilingi oleh laut. Mungkin ayah orang yang paling gembira sebab dapat memancing ikan dan juga ketam. Kami dapat 11 ekor ketam pada hari tersebut.
|
Wah, dari tingkap bilik boleh nampak air laut dan joran ayah...
|
|
Dah nak balik... lain kali datang sini lagi ya ibu..kita bawa orang kampung semua,. |
Dari tingkap bilik pula, boleh nampak air laut dan laut yang terbentang luas. Ayah memancing di balkoni chalet tersebut. Sambil memancing, ayah boleh jaga Annisa dan Arissa di bilik. Tak perlu keluar bilik untuk memancing. Bathtub bilik ni pun besar.. seronok Annisa dapat mandi dan berendam di bathtub.. tunggu la adik besar nanti.. pasti dapat berendam bersama kakak..
|
Di PD Ostrich Farm...ini burung unta jantan...
|
|
Ni pula burung unta betina..beza dari segi warna bulunya dan kakinya |
Sebelum balik, kami singgah ke PD Ostrich Farm yang terletak tidak jauh dari Teluk Kemang (berhadapan dengan Politeknik PD). Untuk masuk ke Ostrich Farm ni, orang dewasa dikenakan bayaran RM8 setiap orang. Selain burung unta, ada juga terdapat ayam hutan, ayam serama, pelbagai jenis burung, kambing, arnab, ular dan beberapa haiwan lain. Telur burung unta juga boleh dipijak oleh orang dewasa yang seberat 130kg tanpa pecah..
Dalam perjalanan pulang, kami juga singgah ke Nilai sebab nak beli bunga telur dan cenderamata untuk majlis aqiqah dan cukur jambul Arissa Qairina... Nasib baik baby Arissa baik dan tak meragam..ibu janji nak bawa lagi makan angin akan datang kalau kedua2nya baik dan tak nakal....mungkin luar dari Malaysia pula lepas nie...
menarik penginapan yang dipilih. tq atas informasi yang cukup menarik.
ReplyDelete