Semalam Tok dan Wan Ani hantar Annisa dan Arissa balik rumah di Jementah, Segamat. Hampir tiga bulan kami meninggalkan rumah dan duduk di rumah Wan Ani. Ibu berpantang di Bentong. Selepas ibu habis berpantang, tunggu majlis aqiqah Arissa pula. Lepas tu ayah pulak ada buat kerja di beberapa tempat di sana. Jadi, ini lah pertama kalii Arissa melihat dan menjejakkan kaki ke rumah sendiri di Jementah.
Nasib baik juga Tok dan Wan ikut sama. Maklum la, rumah yang dah lama ditinggalkan, pasti berhabuk dan kotor. Banyak juga yang perlu dibersihkan. Luar rumah pun semak dengan lalang dan kemuncup...
Adik Arissa agak pelik melihat dan masuk ke rumah sendiri. Mula la memandang ke sana sini untuk menyesuaikan diri. Annisa pula sejak dapat kaki ni, asyik berjalan meninjau dapur, bilik, ruang makan dan ruang tamu. Habis la rak pinggan dan almari baju turut dikemas oleh Annisa. Kalau dulu Annisa merangkak je, tak sampai nak kemas rak pinggan atau kabinet dapur dan almari baju, tapi kini Annisa dah boleh buat tu semua. Itu tandanya Annisa dah tinggi...dah besar...dah boleh berdikari.. dah mula pandai berimaginasi dan dah mula pandai 'mengemas'...alahai Annisa...
Kalau dulu Annisa akan merangkak bila di panggil..tapi kini bila ibu panggil, Annisa dah boleh jalan ke arah ibu ..walau terkedek-kedek dan sesekali terjatuh bila tersampuk, Annisa akan pergi sendiri ke arah ibu atau ayah..seronok bukan kepalang Annisa bila dah dapat kaki..
Esok Wan Ani dan Tok Sahari akan balik ke Bentong.Tinggal la kami berempat beranak. Mungkin Annisa akan sunyi dan mencari suara2 mereka..Annisa akan ....
RINDUkan suara mereka,
RINDU ibermain di waktu petang di laman rumah Wan yang luas,
RINDU tengok TOk bagi makan ikan kelah dan burung,
RINDU turun naik tangga yang tinggi kat rumah Wan,
RINDU mendengar jerit pekik suara Mak De marahkan anak2, dan
RINDU kan air tangan Wan yang sentiasa masak makanan yang sedap untuk kami *sampai Annisa bertambah berat badan dari 8.2 kg ke 9.5 kg*, .
sebab selama hampir 3 bulan Annisa ada ramai kawan kat sana..ada Kak Long Lesya, Kak Ngah Mina, Adani, Tok dan Wan di rumah Bentong..kekadang ada Raesa, Shaqeel dan Shameel...tapi di sini, Annisa akan berkawan dengan adik Arissa sahaja....tak pe...nanti bila cuti panjang, Annisa akan balik kampung melawat mereka... Yang paling best, Annisa tak akan kena buli dengan Adani lagi..tapi giliran Annisa buli adik Arissa...hahaha..
Terima kasih buat keluarga Wan Ani dan Mak De Ita di Bentong dan Pak Su Ijai sebab jaga kami dengan baik sepanjang ibu berpantang di Bentong..serta melatih Annisa berjalan.. malah Keluarga Wan Teh di Dong dan Tok Dak Suhaimi di Raub sebab ambil alih tugas menjaga ibu, Annisa dan Arissa sepanjang Wan dan Atok makan angin ke Mesir dan Bandung. Semoga Allah permudahkan segala urusan mereka, membalas jasa baik mereka dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah buat mereka semua... Amin..
No comments:
Post a Comment