Arissa Qairina setelah dibersihkan dan diqamatkan |
Pagi Jumaat (18.11.2011) ibu mengadu sakit perut. Ketika itu hanya ibu dan Annisa berdua di rumah kerana ibu sudah mengambil cuti rehat awal menanti kelahiran adik baru Annisa. Ibu cuba menelefon ayah yang sedang bekerja, tapi telefon bimbit ayah tidak berangkat. 15 minit kemudian ayah menelefon ibu dan ibu menyuruh ayah balik dengan segera.
Ibu sempat mengemas baju ibu, baju 'baby' dan beberapa helai baju Annisa turut dibawa bersama sementara menanti ayah tiba ke rumah. Agak jauh juga tempat kerja ayah dengan rumah iaitu kira-kira 25 minit perjalanan. Sebaik tiba di rumah, ibu dan ayah membuat keputusan untuk membawa ibu yang sedang sakit ke Tey Maternity Specialist & Gynae Centre Muar.
Kalau diikutkan tarikh jangkaan bersalin yang diberi oleh Klinik Kesihatan Jementah, ibu dijangka bersalin pada tanggal 3 Disember. Namun ketika 'scan' di Pusat Perubatan Naluri di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, ibu dijangka akan menjalani pembedahan pada 25 November kerana bayi songsang dalam rahim ibu. Bukan rezeki adik nak jadi orang KL...akhirnya adik lahir di Johor...kod kelahiran 01 bagi negeri Johor , seperti Annisa juga.
Kehadiran pelajar2 UiTM (Islamic banking- degree) yang menceriakan dan meriuhkan keadaan |
Keadaan amat cemas sepanjang sejam perjalanan dari Jementah ke pusat perubatan di Muar. Ibu kadangkala mengerang kesakitan.Annisa hanya mampu melihat ibu kesakitan. Kenderaan begitu banyak di jalanraya pada hari Jumaat tersebut. Ayah terpaksa mengikut belakang lori dan kereta. Jalan pula banyak selekoh dan bengkang-bengkok. Ayah mohon bantuan polis peronda dari Sagil dan Tangkak untuk menghantar ibu ke Muar, namun mereka tidak dapat menghulurkan bantuan.
Akhirnya hampir jam 1 tengahari, kami tiba di Tey Maternity Specialist Muar. Sebaik tiba di situ, ibu terus dimasukkan ke bilik pembedahan kerana adik baru Annisa hampir keluar. Namun disebabkan songsang dan bayi sudah terbelit tali pusat, ibu perlu dibedah.
Hari kedua hingga kelima di tahan di nursery dan dijemur kerana juandis (kuning) |
Wan dan atuk tiba dari Bentong pada petang tersebut. Mak De Ita dan Pak De Hazali sekeluarga turut datang dari Bentong pada petang tu. Mereka tidur di hotel Classic yang terletak bersebelahan dengan pusat perubatan tersebut. Mereka gembira dengan kelahiran adik.
Akhirnya, setelah lima hari ditahan di wad, Arissa dibenarkan pulang |
Apa nama adik? Ibu dan ayah memilih nama adik dari Internet. Akhirnya adik Annisa telah didaftarkan dengan nama ARISSA QAIRINA BINTI ANUAR. Maknanya, Arissa (Azam, kuat) Qairina (Kebaikan).
A - Amanah
R - Realistik
I - Intelektual
S - Setia
S - Suci
A - Adil
Q - Qualiti
A - Abadi
I - Ikhlas
R - Ramah
I - Indah
N - Naif
A- Anggun
No comments:
Post a Comment