Kakak dan adik |
Usia Arissa (adik) dah sebulan 6 hari. Berat Arissa sekarang (sebulan) sudah 3.7 kg ketika timbang baru-baru ini di Klinik Kesihatan untuk suntikan sebulan. Minggu ini adalah minggu yang paling 'busy' buat ayah dan ibu. Kenapa? Sebab Annisa tak sihat..pakej sakit... demam, batuk dan selsema.. Dah 6 hari Annisa demam. Alhamdulillah, hari ni dah semakin sembuh. Bila demam, Annisa mula merengek, menangis, mahukan perhatian, susah nak tidur, muntah dan macam-macam karenahnya. Semua yang dibuat serba tak kena.
Tiap malam ayah dan ibu berjaga malam sebab baru je Annisa terlelap,dah jaga semula sebab batuk..kejap masuk buai, tak lama lepas tu, keluar buai pulak.. nak beriba atas ibu la.. nak dipeluk dan dipangku la.. semua serba tak kena. Ayah dan ibu terpaksalah melayan Annisa..
Sihat...Arissa genap sebulan dah 3.7 kg |
Mungkin sebab dah sebulan ni Annisa berdiam je, tak pandai tunjuk perasaan cemburu dan dengki kerana kurang perhatian dari ibu semenjak ada adik baru ni. Sekarang tiba la masanya tunjuk kan dendam pada ayah dan ibu. Tak boleh langsung tinggalkan adik keseorangan..takut kalau2 Annisa akan cubit adik..atau hantukkan kepalanya ke atas kepala adik (walau pun tunjuk sayang..nak cium adik).
Macam tu la perangai dan karenah budak2. Kena lah bersabar...Itu baru dua orang.. bayangkan kalau tiga...empat.. atau kembar.. hmm..boleh pecah kepala dibuatnya.. Macam tu la pengorbanan ibu dan ayah kita untuk membesarkan anak2.. bila sakit, mereka juga tak boleh tidur dibuatnya..terkenang sewaktu dulu... Terima kasih Abah dan Mak di atas pengorbanan mereka melayan dan membesarkan kami semua....
No comments:
Post a Comment