Kehadiran suami dan dua orang puteri yang comel |
Tanggal 13 Disember 2011, genap tiga tahun usia perkahwinan saya. Walaupun berkahwin pada usia yang lewat (33 tahun), saya bersyukur kerana telah bertemu jodoh pada usia tersebut. Pada fikiran saya, ketika itu kedudukan kewangan saya amat stabil, segala cita-cita saya telah tercapai dan apa yang saya hajati ( nak beli rumah dan kereta, menyandang jawatan regional marketing manager, menunaikan umrah, sambung belajar buat MBA, bawa family makan angin ke luar negara setiap tahun, menolong ibu bapa dan menolong membiayai perdidikan adik) telah saya kecapi dan tunaikan sebelum mengakhiri zaman bujang dan berkahwin. Malah, usia sebegini membuatkan kita matang untuk membuat keputusan sendiri.
Terkenang suatu ketika dahulu ..selepas diijab kabul kan di Bentong |
Ajal maut, jodoh pertemuan di tangan Allah. Mudah-mudahan jodoh ini berkekalan hingga ke hujung nyawa. Tiada apa yang lebih membahagiakan melainkan kehadiran seorang suami dan kedua-dua orang puteri (Annisa Qaisara dan Arissa Qairina).
Kepada kawan-kawan di luar sana yang masih belum bertemu jodoh, usah terlalu runsing dan khuatir. Pasti ada hikmah yang telah dijanjikan oleh Allah dan pasti ada sebabnya. Usah bersedih dan usah putus asa. Berdoa dan berusaha lah agar anda bertemu jodoh. Sama ada anda berkahwin muda, cepat atau lambat, ia bukan faktor kebahagiaan seseorang.
No comments:
Post a Comment