Ketika genap usia Annisa setahun lima bulan (September 2011), ibu berkesempatan membawa Annisa ke Kuantan. Kali ini kami menginap di Bukit Gambang Resort. Itu pun kerana ibu mendapat undangan istimewa untuk menghadiri hari keluarga company lama ibu di Kuantan, serta meraikan majlis perpisahan bos lama tempat kerja ibu dulu.
Annisa kesejukan sebab berendam di dalam air taman tema Bukit Gambang |
Tempat ini memang seronok untuk percutian keluarga. Kalau ramai ahli keluarga yang datang, memang lagi best. Ada macam2 permainan air yang disediakan di taman tema air yang disediakan. Tapi Annisa masih takut nak mandi kat swimming pool ini... penat ayah melayan Annisa....akhirnya, berkepit dan dukung je dengan ayah.
Bilik yang luas dan katil yang besar...selesa untuk tiga beranak.. |
Tempat penginapan dan makanan di hotel pun menarik. Bilik pun besar. Macam2 makanan disediakan sewaktu breakfast. Tapi bila dah sudah mandi di swimming pool, Annisa kelaparan. Ibu bagi makan maggi ayam yang direndam dalam cawan, ketika dalam bilik hotel..Petang tu kami pulang ke Segamat.
No comments:
Post a Comment