Birthday Arissa

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Usia Rina

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, October 30, 2013

Jalan-Jalan Musim Bunga di Korea Selatan

Kunjungan ke Korea Selatan di musim bunga 2013

Selepas seharian kepenatan melawat Nami Island dan Mount Seorak (Seoraksan), Taman Negara di Korea Selatan, hari ketiga kami melawat Everland pula, iaitu taman tema yang terbesar di Korea Selatan.
 
Selepas sarapan pagi di Maremons hotel, kami menempuhi perjalanan yang agak lama sekitar 2 jam setengah dari Seoraksan ke Everland. Everland seakan-akan Genting Highland di Malaysia yang mempunyai kawasan peranginan persendirian. Ianya kepunyaan kumpulan Samsung.

Hanbook kanak-kanak

Sebelum masuk ke Everland, kami memasuki kelas Kimchi (Kimchi School) di mana kami di ajar membuat menu istimewa orang Korea, Kimchi. Kimchi adalah makanan dari sayur kobis atau lobak putih yang diperam (dijadikan jeruk) semalaman.

Ayah sedang membuat kimchi

Hanbook pakaian tradisi orang Korea

Selepas membuat kimchi, kami berkesempatan memakai pakaian tradisi orang Korea pula iaitu Hanbook. Cantik pakaian mereka kerana warna-warna yang digunakan terang dan pelbagai warna cerah.
 
Seterusnya selepas makan tengahari dalam bas (makan sandwich sahaja), kami berpeluang mengunjungi Everland, taman tema yang besar di Korea Selatan. Selama hampir 4 jam kami di dalam Everland tersebut.
 Kebetulan ianya adalah musim bunga dan baru berlansung festival tulip, jadi terlalu banyak bunga tulip yang mekar dan kembang. Pemandangan sangat cantik kerana merata-rata ada pokok bunga empat musim. Di pergunungan dan kaki bukit kelihatan pokok-pokok sakura warna putih yang sedang kembang juga.
bunga tulip merah dan kuning

Dalam bas di taman safari melihat White Tiger

Kami berkesempatan melawat Safari Zoo di dalam taman tema Everland ini. Walaupun orang ramai pada hari tersebut, tapi ianya tidak membosankan untuk menunggu lama. Annisa dan Rina sangat seronok dapat melihat harimau putih (White Tiger) dan berung gunung yang berwarna hitam dan besar. Empat jam terasa amat sekejap dan tidak puas untuk mencuba semua permainan yang disediakan.

Double Spin yang menggerunkan

aksi Ayah dengan bunga tulip

Adik Rina tidur kerana keletihan. Stroller yang dipinjam/sewa di taman tema Everland
Dalam taman safari

Patung-patung white tiger dijual lebih kurang RM50 satu

Naik cable car di Everland


Makan malam di restoran Thai

Pokok sakura @cherry blossom di kiri kanan jalan

Pintu masuk dan keluar ke Taman tema Everland Resort

Sekitar jam 5 petang kami meninggalkan Everland. Tiba di hotel jam 8 malam.

Bersambung....

No comments:

Post a Comment