Kenangan terindah di Korea Selatan April 2013
Di penghujung bulan April, atau minggu ketiga di bulan April, biasanya pokok bunga sakura atau bunga Cherry akan mula gugur. Rezeki kami kerana ketika sampai bunga masih belum betul-betul kembang. Sehari sebelum balik, bunga cherry telah kembang mekar dan mula gugur. Seronok dapat bergambar dengan bunga sakura yang sedang gugur.
Galeri di WOrld Cup Stadium Seoul |
Hari keempat setelah pulang semula ke Seoul, kami dibawa melawat kilang ginseng Korea. Walaupun ianya amat baik untuk kesihatan, namun disebabkan harganya amat mahal beribu, kami tidak membelinya. Cukup la sekadar merasa dan mencuba ginseng di kilang tersebut.
Kami juga dibawa ke kilang batu Ametyst. Batu-batu cantik ini berwarna ungu/purple. Harganya juga amat mahal jika dibandingkan dengan batu-batu yang dijual di luar. Mungkin kerana ianya batu gred A yang amat berkualiti.
World Cup Stadium |
Selepas itu kami dibawa melawat Stadium World Cup. Di sini la pemain-pemain bolasepak taraf dunia bermain untuk Piala Dunia tahun 2002. Di Korea terdapat dua jenis Stadium yang besar iaitu Stadium Olimpik dan Stadium World Cup.
Di bilik rehat dan persalinan pemain bolasepak |
Kami juga berkesempatan untuk masuk ke dalam bilik persalinan pemain dan solat jamak di situ. Bukan senang untuk dapat peluang menjejakkan kaki ke sini.
Di stadium World Cup Korea |
Selepas solat, kami dibawa ke salah satu pasar yang cukup terkenal di kalangan orang Malaysia di Korea. Ianya pasar yang menjual segala macam souvenir, barang-barang perhiasan seperti keronsang, pin baju, aksesori wanita dan macam-macam lagi.
Hari terakhir 24 April , kami meninggalkan hotel Star di Gangnam untuk ke lapangan terbang.
Dinobatkan sebagai World Best Airport |
Bentuk Airport di Incheon |
Menariknya bilik air ini yang menyediakan kemudahan mangkuk tandas untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Ibu-ibu tak perlu risau |
Bilik air yang dikhaskan untuk kanak-kanak.Warna yang menarik sesuai untuk kanak-kanak. |
Selamat Tinggal Korea Selatan. Kalau ada rezeki lagi, 5 tahun lagi kami akan kunjungi semula.
Tips: Kalau nak masuk bilik air, bawa la botol air atau baby wipes (tisu basah) kerana semua bilik air di Korea tidak menyediakan paip air. Ada sesetengah mangkuk tandas yang terlalu canggih di mana air akan keluar bila di tekan dari tepi mangkuk tandas. Kalau tersalah tekan, boleh basah baju dan seluruh bilik air.
No comments:
Post a Comment