Lexis PD lagi... September 2013
Satu pengalaman baru bagi Annisa dan Adik Rina. Baru-baru ni penghujung September, kami mengikut mama yang bermesyuarat dan mengadakan family day di Lexis, Port Dickson. Hotel mewah ni ada dua jenis. Satu water chalet dan satu lagi dalam bangunan atau tower. Dan Lexis Hotel pun ada dua...satu Lexis hotel dan satu lagi Grand Lexis (jauh lebih mahal).
Tahun sebelum ini, Annisa dan Rina pernah mengunjungi Lexis Water Chalet sebanyak dua kali. Namun ini pengalaman pertama kami bermalam di bangunan tinggi (tower). Sudah tentu menginap di water chalet adalah lebih menarik berbanding dengan di tower. Salah satu sebabnya, ayah tak boleh memancing ikan atau tangkap ketam dari balkoni bilik.
|
View dari tingkap bilik |
Namun, saiz bilik adalah jauh lebih besar dan luas di dalam bangunan ini. Dan kami tak kisah sama ada air laut tu pasang atau surut.
|
Bilik yang luas.. ada dua katil..satu king dan satu queen |
|
bath tub dalam bilik |
|
Tengok water chalet dari atas bangunan hotel |
|
Air Surut |
|
Air Pasang |
|
Yang ada swimming pool dalam bilik tu adalah Grand Lexis... harga pun boleh tahan |
|
Seronok bersantai |
|
Dinner |
Pada sebelah malamnya berlangsung acara makan malam, persembahan dan cabutan no bertuah. Mama amat bertuah kerana dapat dua hadiah (dua cabutan).
|
Menunggu acara sukaneka.. tak masuk pun dapat hadiah |
Keesokkan harinya (Ahad), kami ke padang depan hotel untuk acara sukaneka Keluarga.
|
Permainan di taman sebelah swimming pool |
|
Mandi dalam bath tub dalam bilik |
Namun kali ini, Annisa dan RIna tak sempat swimming pool. Tapi tak pe.. Annisa tak kisah sebab dapat dua kali mandi bath tub yang cukup besar dalam bilik hotel. Boleh bawa pelampung itik sekali.. Seronok...
Jumpa lagi...
No comments:
Post a Comment