Kunjungan ke LEGOLAND Nusajaya Mei 2013
Bulan Mei yang lalu Annisa dan adik Rina dibawa oleh mama ke LEGOLAND. Kebetulan ketika tu musim cuti sekolah dan orang kahwin. Selepas menghadiri majlis kenduri kahwin di Johor Bahru, kami bermalam di KSL Resort di Johor Bahru.
Keesokkan hari kami memulakan misi menjelajah LEGOLAND Nusajaya. Nak tahu lebih detail, layari sini http://www.legoland.com.my/en/About/
Kebetulan mama dapat voucher offer dari LEGOLAND. Jadi harga tiket yang kami bayar agak murah (bawah Rm100).
Dan baru-baru ini water theme park telah dibuka. Semasa kami pergi bulan Mei dulu, taman tema air belum dibuka lagi.
1-Day Tickets (Theme Park, Water Park & Combo)(MyKad Promotion) *Only for Malaysia Citizen and can only be purchased at LEGOLAND Malaysia Ticketing Counter. |
Price in MYR
|
Combo Adult (12-59 years) - Theme Park & Water Park |
150.00
|
Combo Child (3-11 years) / Senior (60 years+) - Theme Park & Water Park |
120.00
|
Water Park - Adult (12-59 years) |
95.00
|
Water Park - Child (3-11 years) / Senior (60 years+) |
75.00
|
Water Park - Toddler (0-2 years) |
10.00 (swim diapers will be given)
|
Theme Park - Adult (12-59 years) |
120.00 (includes a RM10.00 food voucher)
|
Theme Park - Child (3-11 years) / Senior (60 years+) |
90.00 (includes a RM10.00 food
|
Bagi yang tiada stroller, boleh sewa stroller dari kaunter khas di LEGOLAND.
Kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas sesuai main ni |
Tengah panas terik main playground |
Naik chooo choooo... Thomas and friend . Seronok betul 4 sepupu nie |
Rumah terbakar panggil bomba... hiburan seisi keluarga .. anak dan ayah |
Naik ala-ala Taming Sari..menara tinggi |
Pemandangan dari atas Menara Taming Sari |
Ada show juga dan tempat berteduh... |
Menarik perhatian..show badut |
Adik Rina nak cuba buat lego juga.. |
Stroller untuk dua orang |
Kanak-kanak bawah dua tahun tidak dibenarkan main di sini |
Together-gather |
Kagum dengan replika bangunan ini |
Sebijik... |
Kagum dengan hasil anak Malaysia |
Macam betul... cantik |
Amat kreatif |
Percutian ke LEGOLAND amat menyeronokkan seisi keluarga. Lebih-lebih lagi kalau datang dengan saudara mara dan sepupu sepapat.. Amat meriah.. Tapi kalau bawa baby, macam kurang sesuai sebab tempat ini panas.. walaupun ada tempat berlindung dan berteduh, tapi mereka tak boleh main game yang disediakan.
Makanan di sini juga agak mahal. Mungkin tarikan sebenarnya untuk pengunjung dari Singapura. Tapi boleh aje makan di restoran di luar LEGOLAND ini yang jauh lebih murah.
Jumpa lagi LEGOLAND ....
No comments:
Post a Comment