Birthday Arissa

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Usia Rina

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, October 30, 2013

Hari Keluarga di Lexis Port Dickson

 
Lexis PD lagi... September 2013
 
 

Satu pengalaman baru bagi Annisa dan Adik Rina. Baru-baru ni penghujung September, kami mengikut mama yang bermesyuarat dan mengadakan family day di Lexis, Port Dickson. Hotel mewah ni ada dua jenis. Satu water chalet dan satu lagi dalam bangunan atau tower. Dan Lexis Hotel pun ada dua...satu Lexis hotel dan satu lagi Grand Lexis (jauh lebih mahal).


 Tahun sebelum ini,  Annisa dan Rina pernah mengunjungi Lexis Water Chalet sebanyak dua kali. Namun ini pengalaman pertama kami bermalam di bangunan tinggi (tower). Sudah tentu menginap di water chalet adalah lebih menarik berbanding dengan di tower. Salah satu sebabnya, ayah tak boleh memancing ikan atau tangkap ketam dari balkoni bilik.

View dari tingkap bilik

Namun, saiz bilik adalah jauh lebih besar dan luas di dalam bangunan ini. Dan kami tak kisah sama ada air laut tu pasang atau surut.

Bilik yang luas.. ada dua katil..satu king dan satu queen

bath tub dalam bilik


Tengok water chalet dari atas bangunan hotel

Air Surut
 
Air Pasang

Yang ada swimming pool dalam bilik tu adalah Grand Lexis... harga pun boleh tahan

Seronok bersantai



Dinner
 Pada sebelah malamnya berlangsung acara makan malam, persembahan dan cabutan no bertuah. Mama amat bertuah kerana dapat dua hadiah (dua cabutan).

Menunggu acara sukaneka.. tak masuk pun dapat hadiah

Keesokkan harinya (Ahad), kami ke padang depan hotel untuk acara sukaneka Keluarga.

Permainan di taman sebelah swimming pool


Mandi dalam bath tub dalam bilik

Namun kali ini, Annisa dan RIna tak sempat swimming pool. Tapi tak pe.. Annisa tak kisah sebab dapat dua kali mandi bath tub yang cukup besar dalam bilik hotel. Boleh bawa pelampung itik sekali.. Seronok...

Jumpa lagi...

Cuti cuti Ke Legoland Nusajaya

Kunjungan ke LEGOLAND Nusajaya Mei 2013
 
 

Bulan Mei yang lalu Annisa dan adik Rina dibawa oleh mama ke LEGOLAND. Kebetulan ketika tu musim cuti sekolah dan orang kahwin. Selepas menghadiri  majlis kenduri kahwin di Johor Bahru, kami bermalam di KSL Resort di Johor Bahru.


Keesokkan hari kami memulakan misi menjelajah LEGOLAND Nusajaya. Nak tahu lebih detail, layari sini http://www.legoland.com.my/en/About/

Kebetulan mama dapat voucher offer dari LEGOLAND. Jadi harga tiket yang kami bayar agak murah (bawah Rm100).
 Dan baru-baru ini water theme park telah dibuka. Semasa kami pergi bulan Mei dulu, taman tema air belum dibuka lagi.

1-Day Tickets (Theme Park, Water Park & Combo)
(MyKad Promotion)
*Only for Malaysia Citizen and can only be purchased at LEGOLAND Malaysia Ticketing Counter.
 
Price in MYR

Combo Adult (12-59 years) - Theme Park & Water Park
 
150.00
 
 
Combo Child (3-11 years) / Senior (60 years+) - Theme Park & Water Park
 
120.00
 
 
Water Park - Adult (12-59 years)
 
 
95.00
 
Water Park - Child (3-11 years) / Senior (60 years+)
 
 
75.00
 
Water Park - Toddler (0-2 years)
 
 
10.00 (swim diapers will be given)
 
Theme Park - Adult (12-59 years)
 
 
120.00 (includes a RM10.00 food voucher)
 
Theme Park - Child (3-11 years) / Senior (60 years+)
 
 
90.00 (includes a RM10.00 food

Bagi yang tiada stroller, boleh sewa stroller dari kaunter khas di LEGOLAND.
Kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas sesuai main ni

Tengah panas terik main playground

Naik chooo choooo... Thomas and friend . Seronok betul 4 sepupu nie


Rumah terbakar panggil bomba... hiburan seisi keluarga .. anak dan ayah

Naik ala-ala Taming Sari..menara tinggi

Pemandangan dari atas Menara Taming Sari


Ada show juga dan tempat berteduh...

Menarik perhatian..show badut

Adik Rina nak cuba buat lego juga..

Stroller untuk dua orang

Kanak-kanak bawah dua tahun tidak dibenarkan main di sini

Together-gather

Kagum dengan replika bangunan ini

Sebijik...

Kagum dengan hasil anak Malaysia


Macam betul... cantik




Amat kreatif

Percutian ke LEGOLAND amat menyeronokkan seisi keluarga. Lebih-lebih lagi kalau datang dengan saudara mara dan sepupu sepapat.. Amat meriah.. Tapi kalau bawa baby, macam kurang sesuai sebab tempat ini panas.. walaupun ada tempat berlindung dan berteduh, tapi mereka tak boleh main game yang disediakan. 

Makanan di sini juga agak mahal. Mungkin tarikan sebenarnya untuk pengunjung dari Singapura. Tapi boleh aje makan di restoran di luar LEGOLAND ini yang jauh lebih murah.

Jumpa lagi LEGOLAND ....

Jalan-jalan Musim Bunga 2013 ke Korea Selatan

Kenangan terindah di Korea Selatan April  2013



Di penghujung bulan April, atau minggu ketiga di bulan April, biasanya pokok bunga sakura atau bunga Cherry akan mula gugur. Rezeki kami kerana ketika sampai bunga masih belum betul-betul kembang. Sehari sebelum balik, bunga cherry telah kembang mekar dan mula gugur. Seronok dapat bergambar dengan bunga sakura yang sedang gugur.

Galeri di WOrld Cup Stadium Seoul

Hari keempat setelah pulang semula ke Seoul, kami dibawa melawat kilang ginseng Korea. Walaupun ianya amat baik untuk kesihatan, namun disebabkan harganya amat mahal beribu, kami tidak membelinya. Cukup la sekadar merasa dan mencuba ginseng di kilang tersebut.

Kami juga dibawa ke kilang batu Ametyst. Batu-batu cantik ini berwarna ungu/purple. Harganya juga amat mahal jika dibandingkan dengan batu-batu yang dijual di luar. Mungkin kerana ianya batu gred A yang amat berkualiti.
World Cup Stadium

Selepas itu kami dibawa melawat Stadium World Cup. Di sini la pemain-pemain bolasepak taraf dunia bermain untuk Piala Dunia tahun 2002. Di Korea terdapat dua jenis Stadium yang besar iaitu Stadium Olimpik dan Stadium World Cup.

Di bilik rehat dan persalinan pemain bolasepak

Kami juga berkesempatan untuk masuk ke dalam bilik persalinan pemain dan solat jamak di situ. Bukan senang untuk dapat peluang menjejakkan kaki ke sini.


Di stadium World Cup Korea

  Selepas solat, kami dibawa ke salah satu pasar yang cukup terkenal di kalangan orang Malaysia di Korea. Ianya pasar yang menjual segala macam souvenir, barang-barang perhiasan seperti keronsang, pin baju, aksesori wanita dan macam-macam lagi.

 Hari terakhir 24 April , kami meninggalkan hotel Star di Gangnam untuk ke lapangan terbang.

Dinobatkan sebagai World Best Airport

Bentuk Airport di Incheon

Menariknya bilik air ini yang menyediakan kemudahan mangkuk tandas untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Ibu-ibu tak perlu risau

Bilik air yang dikhaskan untuk kanak-kanak.Warna yang menarik sesuai untuk kanak-kanak.

 
 
Selamat Tinggal Korea Selatan. Kalau ada rezeki lagi,  5 tahun lagi kami akan kunjungi semula.
 
Tips: Kalau nak masuk bilik air, bawa la botol air atau baby wipes (tisu basah) kerana semua bilik air di Korea tidak menyediakan paip air. Ada sesetengah mangkuk tandas yang terlalu canggih di mana air akan keluar bila di tekan dari tepi mangkuk tandas. Kalau tersalah tekan, boleh basah baju dan seluruh bilik air.