Birthday Arissa

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Usia Rina

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, January 13, 2011

Usianya 9 Bulan

Usia Annisa Qaisara genap 9 bulan pada 9.1.2011. Walaupun usianya dah masuk 9 bulan, tapi Annisa belum tumbuh gigi lagi.. masih belum merangkak atau berjalan. Hanya pandai meniarap dan berguling-guling serta menyebut beberapa patah perkataan seperti Ibu...Buai...Air...

Mungkin lambat berjalan agaknya. Walaupun badannya ringan, 6.2kg (ketika usia 8 bulan), dan dah memasuki garisan kuning kerana berat beliau yang kurang jika dibandingkan dengan berat ideal atau yang sepatutnya dengan usia beliau, namun setakat ini, Annisa jarang sakit atau demam.

Pernah sekali pada bulan lepas, Annisa kena sakit perut dan cirit-birit. Kesian sungguh melihat si Kecil kerana kerap kena tukar lampin pakai buang nya... Semasa tu kami di Johor Bahru, dan sempat ke Plaza Angsana. Tiba-tiba saja Annisa menangis dan menjerit-jerit macam kesakitan. Saya terus ke bilik salin lampin baby untuk menyusukan Annisa. Tapi tangisannya makin bertambah kuat.

Semua orang di tingkat satu Uda Ocean, Plaza Angsana tu tengok kami. Huhuhu...rupa-rupanya Annisa kesakitan kerana kerap tukar lampin dan cirit-birit. Pakai nappy cream pun tak ada kesan apa-apa pun.

Dan dalam masa 15 minit, kami dah berada di sebuah Poliklinik di Bandar Baru Uda untuk berjumpa doktor.
Alhamdulillah, amat berkesan krim yang doktor tu bagi... setelah tiga kali sapu, makin kurang kesakitan di kulitnya yang melecet. Tapi memang tak sedap langsung rasa ubat sakit perut berbentuk cecair tu. Patut la dia macam trauma je bila nak makan ubat.

Minggu ni kena pergi klinik lagi untuk timbang berat Annisa...harap2 beratnya semakin bertambah..

No comments:

Post a Comment