Birthday Arissa

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Usia Rina

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Saturday, January 15, 2011

Cuti-Cuti 1 Malaysia - Langkawi 2010

Pemandangan dari udara tepian pantai Pulau Pinang. Perjalanan selama 40 minit.

Rezeki anak... lagi 3 hari genap usia Annisa 8 bulan, tapi Annisa dah berpeluang merasai dan melalui pengalaman menaiki kapal terbang.

Pengalaman pertama menaiki pesawat Air Asia dari Bayan Lepas ke Langkawi untuk bercuti bersama ibu, ayah, atuk dan wan di Langkawi dari 6-9 Disember yang lalu. Kami tinggal di Hotel Langkasuka selamat tiga hari. Sempat melawat Padang Mat Sirat iaitu kawasan beras terbakar serta menaiki kereta kebel (cable car) di Gunung Mat Cincang.
Fasten Your Seat Belt... di dalam pesawat Air Asia

Kalau dulu masa kecil-kecil saya juga selalu dibawa melancong oleh Mak dan Abah sama ada di dalam atau luar negara. Negara paling jauh saya telah pergi ialah Dhaka, Bangladesh ketika usia 5 tahun (kalau tak silap) kerana mengikuti Abah yang berkunjung ke rumah kawannya yang belajar Medic di sana.Ketika usia 10 tahun, dah abis satu Malaysia (Semenanjung) saya dah explore. Dan Abah selalu bawa kami melawat tempat-tempat bersejarah dan ke rumah saudara-mara beliau.


Tetap di usung ke sana sini bantal bucuk... tapi buai tak dapat nak bawa sekali...

Tapi oleh kerana usaha Abah dan Mak yang sentiasa membawa kami melancong sana sini sejak kecil itu lah yang merapatkan lagi hubungan kami seisi keluarga. Malah, ianya merupakan motivasi untuk kami belajar dengan lebih tekun pada masa itu. Kerana, insentif dan hadiah yang kami dapat kalau keputusan peperiksaan akhir tahun kami cemerlang, ialah melancong...  Dan pendek kata, berbaloi pengorbanan Mak dan Abah menghabiskan duit untuk bawa kami melancong sejak kami kecil lagi, kerana jauh berjalan, luas pengetahuan dan pengalaman. Malah,ianya  mengajar kami untuk lebih berdikari, mendedahkan kami dengan budaya sesuatu kaum serta mendedahkan kami dengan pembangunan dan kemajuan sesuatu negara.

Mudah-mudahan, Annisa Qaisara turut mengikut langkah ibunya...atau lebih baik daripada saya apabila beliau dewasa kelak.
Di puncak Gunung Mat Cincang.. Cable Car...
Hakikatnya, untuk berjaya dalam hidup, ia memerlukan pengorbanan dan didikan yang sempurna dari kedua orang tua kita. Anak akan mencontohi dan mengikut jejak langkah kedua orang tuanya. Contohnya jika ibu atau bapa bercakap menggunakan "aku", anak itu pun akan bercakap dengan kawan-kawannya atau ahli keluarganya menggunakan "aku" Ibu bapa lah yang mencorakkan kain putih yang ada di tangan mereka. Syukur lah, kedua ibu bapa saya telah mendidik kami empat beradik dengan sempurna dan ianya menjadi platform untuk kami gunakan bagi mendidik anak-anak kami pula di masa hadapan.


Doa mohon anugerah keluarga dan keturunan yang taat

" Ya Tuhan kami, jadikanlah kami orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadah haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maya Penyayang". (Surah al-Baqarah: Ayat 128) - Petikan dari Harian Metro 14/01/2011 m.s . V2

No comments:

Post a Comment