BERKURSUS 2 MINGGU DI KG GAJAH
22 Nov - 5 Dis 2010
Kalau dulu bulan Jun 2010, nama saya telah tersenarai untuk mengikuti kursus induksi di Pusat Latihan UiTM di Kg Gajah, tetapi saya terpaksa menolaknya kerana masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan Annisa Qaisara. Namun untuk kali keduanya, nama tersenarai lagi untuk kursus induksi pada bulan November-Disember 2010. Oleh kerana tempoh kursus adalah dua minggu dan agak lama untuk meninggalkan baby Annisa yang masih menyusu, terpaksalah saya bawanya sekali ke Pusat Latihan UiTM Kg Gajah, Perak.
Di mana letaknya Kg Gajah ni? Ini lah kali pertama saya menjejakkan kaki ke Pusat Latihan UiTM ini. Agak jauh dan terpencil juga kedudukannya. Dari Kuala Lumpur, kita perlu keluar melalui Tol Tapah. Kalau dari Utara, boleh exit Tol Gopeng atau Pulai. Ada juga yang ikut Teluk Intan kalau nak jimat tol.
Mercu tanda di persimpangan empat pekan Kg Gajah
Bagi saya yang bawa suami untuk jaga baby Annisa, terpaksalah tanggung sendiri kos penginapan, makanan dan perjalanan (tol, minyak dll). Untuk penginapan sahaja lebih kurang RM400 bagi tempoh 2 minggu... dan makanan yang dihantar ke bilik untuk breakfast dan lunch lebih kurang RM160. Kalau ambil 6 kali makan untuk sehari, kosnya RM25.00 seorang. Disebabkan menu yang sama, kadang kala kami keluar makan di luar, sama ada di pekan Kg Gajah (lebih kurang 16km dari Pusat Latihan UiTM) atau ke Pekan Kampar.
Sempat bergambar kenangan di hadapan pintu masuk Kompleks Sejarah Pasir Salak |
Lebih kurang 12km dari Pusat Latihan UiTM ni, terdapat MRSM Pasir Salak. Bila kuliah kursus habis awal, sempat juga saya berjalan-jalan keluar dari Pusat Latihan UiTM ini. Maklum la, banyak sangat input yang perlu diingat dalam kepala...boleh tepu kepala dibuatnya. Dan kira-kira 22km dari Pusat Latihan UiTM ni terdapat kompleks sejarah Pasir Salak. Malangnya kami tidak dapat memasuki kompleks ini kerana ianya tutup pada jam 5 petang. Bersebelahan kompleks ini juga terdapat Resort Pasir Salak yang terletak betul2 bersebelahan dengan Sungai Perak. Bagi kaki pancing, memang menarik lokasi resort ini. Oh ya, yang pasti, saya 'enjoy' bila pergi pasar malam pekan Kg Gajah pada hari Jumaat..makanannya murah2 dan menarik... Sate secucuk baru 25 sen.
Di Taman Rama-Rama |
Kami sampai di Pusat Latihan UiTM jam 9.45 malam. Amat memenatkan, tetapi seronok kerana dapat menikmati pemandangan indah dan menghirup udara segar di puncak Banjaran Titiwangsa. Dapat la bawa sekotak strawberi yang segar bugar ke kelas keesokkan harinya untuk dikongsi dengan kawan2 pensyarah semasa kuliah.
Ini lah pengalaman pertama Annisa melihat pelbagai jenis rama-rama dan makan fresh strawberi di ladang strawberi di Cameron Highlands. Walaupun beliau agak kecil untuk mengingati semua pengalaman dan kenangan ini, tetapi melalui gambar2 yang dirakam, ianya dapat menceritakan segala-galanya...
Terima kasih kepada hubby kerana sanggup bercuti panjang menjaga baby Annisa sepanjang tempoh kursus induksi ini dan amat tenang serta sabar melayan karenah dan telatah si Kecil yang banyak kali 'meragam' tak tidur malam.
Doa mohon diberi ilham untuk mensyukuri nikmat dan beramal soleh serta dimasukkan ke dalam golongan orang yang soleh
" Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkan lah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-Mu yang soleh". (Surah An-Naml: 19)- petikan dari Harian Metro, 31 Dis. 2010 m.s V3
No comments:
Post a Comment