Birthday Arissa

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Usia Rina

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, January 3, 2011

Blog Baru Tahun 2011

KENAPA LA SIBUK-SIBUK NAK TULIS BLOG INI?

Salam Semua,

Kita dikejutkan dengan pemergiaan aktor lelaki Faizal Yusof yang masih muda iaitu 33 tahun pada tanggal 1 Januari 2011. Saya terfikir ketika itu, anak kecil beliau yang berumur dua tahun lebih kehilangan seorang bapa dan mungkin tercari-carikan Allahyarham. Anaknya terlalu kecil untuk memahami Qada' dan Qadar , ketentuan Ilahi.

Jika itu yang terjadi kepada diri kita, sebagai anak, apakah si kecil akan ingat semua kenangan dengan si Ayah? Adakah si Kecil akan ingat segala pesanan dari seorang Ayah?

Justeru, saya terpanggil untuk menulis blog ini yang ditujukan khas untuk ahli keluarga saya terutamanya anak saya Annisa Qaisara Anuar. Ianya adalah bertujuan untuk memesan, menyampaikan, menasihati, mengingatkan serta untuk dijadikan landasan dan panduan hidup suatu hari kelak, dengan harapan, beliau akan menjadi insan yang berguna dan berjaya di dunia dan akhirat.

Penulisan ini adalah berdasarkan pengalaman, rasa yang tersurat dan tersirat serta pengetahuan cetek saya selama bergelar ibu kepada Anakanda Annisa Qaisara yang akan memasuki usia 9 bulan pada 9 Januari 2011.

Semoga ianya turut bermanfaat dan dapat dikongsi bersama pembaca-pembaca lain yang sudi menatap dan singgah di ruang ini.

No comments:

Post a Comment