A.Q.A ini adalah singkatan kepada nama anakanda Annisa Qaisara Anuar. Kisah dan cerita yang bakal dicoretkan di ruang ini berkisar kepada kehidupan, rentetan perjalanan hidup semasa yang berkait rapat dengan perkembangan dari semasa ke semasa anakanda Annisa Qaisara untuk dijadikan panduan,iktibar serta landasan hidup dan pengajaran yang berguna untuk beliau kelak. Semoga apa yang dikongsi di ruang ini turut dapat dimanfaatkan oleh pembaca di luar sana, jika ianya baik untuk diri anda.
Wednesday, January 26, 2011
Kemahiran Diri : 8-9 bulan
Semakin hari semakin banyak ragam dan telatah Annisa ketika usianya 8-9 bulan.
Di usia ini, Annisa sudah boleh melakukan aktiviti berikut:
1) mengeluarkan bunyi atau vokal dari konsonan 't' ... ter..ter..ter.. dan daa..daaa...berhh..berhh..dan macam-macam perkataan dalam bahasa 'Jerman" yang tidak dapat difahami.
2) boleh memanggil 'ibu' (ketika menangis), dan menyebut beberapa perkataan seperti 'air' (untuk minum susu) dan buai (untuk tidur).
3) membebel sorang-sorang dengan nada suara yang berbeza-beza...pitching selalu lari....
4) turut humming dan menyanyi sama ketika ibu menyanyikan lagu untuknya.
5) melambai tangan bila diucapkan perkataan bye- bye...
6) mencubit dan mengutip objek kecil seperti tisu, apa-apa barang kecil di atas karpet atau lantai.
7) mengutip objek kecil, tisu dan kertas lalu dimasukkan ke dalam mulut.
8) menghentakkan kaki bila marah atau rasa tak puas hati.
9) mengeraskan badan dan mengangkat punggung supaya ayah atau ibu angkat/ dukung.
10) pantang dengar bunyi pintu gril dan remote alarm kereta, Annisa akan mencari arah dan cuba ke arah tersebut dengan berguling-guling. (sebab Annisa suka jalan-jalan dan makan angin di luar).
11) sifat ingin tahu yang kuat terutamanya jika ada objek atau permainan baru yang berdekatan untuk beliau capai.
12) pantang dengar jingle iklan TV3 dan TV9..pasti terhenti segala pergerakan dan memberi tumpuan kepada TV untuk seketika sehingga iklan tamat sambil melompat-lompat dan menepuk tangan.
13) suka dengar jingle iklan Lifebuoy nyanyian Amy Mastura "5".
14) mula pandai main buih sabun ketika mandi dan menepuk-nepuk air.
15) semakin suka makan bubur nasi yang dimasak oleh ibu.
16) mencampak makanan dan apa-apa sahaja yang ada di tangan ke lantai.
17) menangkat kaki apabila disuruh 'angkat kaki'.
18) dah tak takut dan tak menangis makan ubat.
19) menggaru-garu tangan atau lengan atau belakang ayah ketika tidur bagi memastikan ada orang di sebelahnya.
20) menggunakan 'walker' dengan menapak ke 'belakang' untuk bergerak (bukan ke hadapan).
21) melompat, melonjak, menggerak-gerakkan kaki serta bertepuk tangan apabila nampak ayah atau ibu pulang dari kerja.
Pesanan untuk Annisa- Wahai bayiku, jadilah insan yang berguna bila dewasa kelak. Bahagiakanlah kedua orang tuamu dengan sebuah kejayaan. Dan apabila sudah berada di puncak kejayaan di masa hadapan, jangan lupa akan pengorbanan dan didikan kedua orang tuamu. Semoga Allah melindungi anakku...
Saturday, January 15, 2011
Cuti-Cuti 1 Malaysia - Langkawi 2010
Pemandangan dari udara tepian pantai Pulau Pinang. Perjalanan selama 40 minit. |
Rezeki anak... lagi 3 hari genap usia Annisa 8 bulan, tapi Annisa dah berpeluang merasai dan melalui pengalaman menaiki kapal terbang.
Pengalaman pertama menaiki pesawat Air Asia dari Bayan Lepas ke Langkawi untuk bercuti bersama ibu, ayah, atuk dan wan di Langkawi dari 6-9 Disember yang lalu. Kami tinggal di Hotel Langkasuka selamat tiga hari. Sempat melawat Padang Mat Sirat iaitu kawasan beras terbakar serta menaiki kereta kebel (cable car) di Gunung Mat Cincang.
Fasten Your Seat Belt... di dalam pesawat Air Asia |
Kalau dulu masa kecil-kecil saya juga selalu dibawa melancong oleh Mak dan Abah sama ada di dalam atau luar negara. Negara paling jauh saya telah pergi ialah Dhaka, Bangladesh ketika usia 5 tahun (kalau tak silap) kerana mengikuti Abah yang berkunjung ke rumah kawannya yang belajar Medic di sana.Ketika usia 10 tahun, dah abis satu Malaysia (Semenanjung) saya dah explore. Dan Abah selalu bawa kami melawat tempat-tempat bersejarah dan ke rumah saudara-mara beliau.Tetap di usung ke sana sini bantal bucuk... tapi buai tak dapat nak bawa sekali... |
Tapi oleh kerana usaha Abah dan Mak yang sentiasa membawa kami melancong sana sini sejak kecil itu lah yang merapatkan lagi hubungan kami seisi keluarga. Malah, ianya merupakan motivasi untuk kami belajar dengan lebih tekun pada masa itu. Kerana, insentif dan hadiah yang kami dapat kalau keputusan peperiksaan akhir tahun kami cemerlang, ialah melancong... Dan pendek kata, berbaloi pengorbanan Mak dan Abah menghabiskan duit untuk bawa kami melancong sejak kami kecil lagi, kerana jauh berjalan, luas pengetahuan dan pengalaman. Malah,ianya mengajar kami untuk lebih berdikari, mendedahkan kami dengan budaya sesuatu kaum serta mendedahkan kami dengan pembangunan dan kemajuan sesuatu negara.
Mudah-mudahan, Annisa Qaisara turut mengikut langkah ibunya...atau lebih baik daripada saya apabila beliau dewasa kelak.
Di puncak Gunung Mat Cincang.. Cable Car... |
Hakikatnya, untuk berjaya dalam hidup, ia memerlukan pengorbanan dan didikan yang sempurna dari kedua orang tua kita. Anak akan mencontohi dan mengikut jejak langkah kedua orang tuanya. Contohnya jika ibu atau bapa bercakap menggunakan "aku", anak itu pun akan bercakap dengan kawan-kawannya atau ahli keluarganya menggunakan "aku" Ibu bapa lah yang mencorakkan kain putih yang ada di tangan mereka. Syukur lah, kedua ibu bapa saya telah mendidik kami empat beradik dengan sempurna dan ianya menjadi platform untuk kami gunakan bagi mendidik anak-anak kami pula di masa hadapan.
Doa mohon anugerah keluarga dan keturunan yang taat
" Ya Tuhan kami, jadikanlah kami orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadah haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maya Penyayang". (Surah al-Baqarah: Ayat 128) - Petikan dari Harian Metro 14/01/2011 m.s . V2
Thursday, January 13, 2011
Hanya 6.5kg ...
Hari ini Annisa Qaisara dibawa oleh ibu dan ayah ke klinik kesihatan Bukit Serampang untuk pemeriksaan kesihatan bulanan.
Berat: 6.5 kg (bulan lepas 6.2 kg) pertambahan sebanyak 300 gram
Tinggi: 68cm (ketika lahir 49 cm) peningkatan sebanyak 19cmWalaupun ada peningkatan sebanyak 300gram berat badannya, namun ianya telah memasuki garisan kuning (di bawah par atau berat ideal). Annisa makan bubur nasi yang dikisar setiap hari. Bubur nasi tu dicampur dengan sayur-sayuran seperti lobak merah, ubi kentang, brokoli, bunga kobis atau bayam, ikan bilis atau ayam, dan kismis.
Cuma selepas makan, biasanya si kecil ini akan membuang....mana la nak jadi daging agaknya...
Makan pun dalam mangkuk kecil lebih kurang dalam 15 sudu kecil setiap kali waktu makan. Agaknya nak kena bagi makan vitamin pulak selepas ini... Asalkan Annisa sihat dan tak sakit, ibu dan ayah pun happy...Doa mohon anak dijadikan orang yang baik
Di sanalah Zakaria berdoa kepada Tuhannya dengan berkata: " Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa". (Surah Ali-Imran: Ayat 250) Petikan dari Harian Metro 14/01/2011 m.s. V2
Usianya 9 Bulan
Usia Annisa Qaisara genap 9 bulan pada 9.1.2011. Walaupun usianya dah masuk 9 bulan, tapi Annisa belum tumbuh gigi lagi.. masih belum merangkak atau berjalan. Hanya pandai meniarap dan berguling-guling serta menyebut beberapa patah perkataan seperti Ibu...Buai...Air...
Mungkin lambat berjalan agaknya. Walaupun badannya ringan, 6.2kg (ketika usia 8 bulan), dan dah memasuki garisan kuning kerana berat beliau yang kurang jika dibandingkan dengan berat ideal atau yang sepatutnya dengan usia beliau, namun setakat ini, Annisa jarang sakit atau demam.
Pernah sekali pada bulan lepas, Annisa kena sakit perut dan cirit-birit. Kesian sungguh melihat si Kecil kerana kerap kena tukar lampin pakai buang nya... Semasa tu kami di Johor Bahru, dan sempat ke Plaza Angsana. Tiba-tiba saja Annisa menangis dan menjerit-jerit macam kesakitan. Saya terus ke bilik salin lampin baby untuk menyusukan Annisa. Tapi tangisannya makin bertambah kuat.
Semua orang di tingkat satu Uda Ocean, Plaza Angsana tu tengok kami. Huhuhu...rupa-rupanya Annisa kesakitan kerana kerap tukar lampin dan cirit-birit. Pakai nappy cream pun tak ada kesan apa-apa pun.
Dan dalam masa 15 minit, kami dah berada di sebuah Poliklinik di Bandar Baru Uda untuk berjumpa doktor.
Alhamdulillah, amat berkesan krim yang doktor tu bagi... setelah tiga kali sapu, makin kurang kesakitan di kulitnya yang melecet. Tapi memang tak sedap langsung rasa ubat sakit perut berbentuk cecair tu. Patut la dia macam trauma je bila nak makan ubat.
Minggu ni kena pergi klinik lagi untuk timbang berat Annisa...harap2 beratnya semakin bertambah..

Saturday, January 8, 2011
Kursus Induksi Di Kg Gajah
BERKURSUS 2 MINGGU DI KG GAJAH
22 Nov - 5 Dis 2010
Kalau dulu bulan Jun 2010, nama saya telah tersenarai untuk mengikuti kursus induksi di Pusat Latihan UiTM di Kg Gajah, tetapi saya terpaksa menolaknya kerana masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan Annisa Qaisara. Namun untuk kali keduanya, nama tersenarai lagi untuk kursus induksi pada bulan November-Disember 2010. Oleh kerana tempoh kursus adalah dua minggu dan agak lama untuk meninggalkan baby Annisa yang masih menyusu, terpaksalah saya bawanya sekali ke Pusat Latihan UiTM Kg Gajah, Perak.
Di mana letaknya Kg Gajah ni? Ini lah kali pertama saya menjejakkan kaki ke Pusat Latihan UiTM ini. Agak jauh dan terpencil juga kedudukannya. Dari Kuala Lumpur, kita perlu keluar melalui Tol Tapah. Kalau dari Utara, boleh exit Tol Gopeng atau Pulai. Ada juga yang ikut Teluk Intan kalau nak jimat tol.
Mercu tanda di persimpangan empat pekan Kg Gajah
Bagi saya yang bawa suami untuk jaga baby Annisa, terpaksalah tanggung sendiri kos penginapan, makanan dan perjalanan (tol, minyak dll). Untuk penginapan sahaja lebih kurang RM400 bagi tempoh 2 minggu... dan makanan yang dihantar ke bilik untuk breakfast dan lunch lebih kurang RM160. Kalau ambil 6 kali makan untuk sehari, kosnya RM25.00 seorang. Disebabkan menu yang sama, kadang kala kami keluar makan di luar, sama ada di pekan Kg Gajah (lebih kurang 16km dari Pusat Latihan UiTM) atau ke Pekan Kampar.
Sempat bergambar kenangan di hadapan pintu masuk Kompleks Sejarah Pasir Salak |
Lebih kurang 12km dari Pusat Latihan UiTM ni, terdapat MRSM Pasir Salak. Bila kuliah kursus habis awal, sempat juga saya berjalan-jalan keluar dari Pusat Latihan UiTM ini. Maklum la, banyak sangat input yang perlu diingat dalam kepala...boleh tepu kepala dibuatnya. Dan kira-kira 22km dari Pusat Latihan UiTM ni terdapat kompleks sejarah Pasir Salak. Malangnya kami tidak dapat memasuki kompleks ini kerana ianya tutup pada jam 5 petang. Bersebelahan kompleks ini juga terdapat Resort Pasir Salak yang terletak betul2 bersebelahan dengan Sungai Perak. Bagi kaki pancing, memang menarik lokasi resort ini. Oh ya, yang pasti, saya 'enjoy' bila pergi pasar malam pekan Kg Gajah pada hari Jumaat..makanannya murah2 dan menarik... Sate secucuk baru 25 sen.
Di Taman Rama-Rama |
Kami sampai di Pusat Latihan UiTM jam 9.45 malam. Amat memenatkan, tetapi seronok kerana dapat menikmati pemandangan indah dan menghirup udara segar di puncak Banjaran Titiwangsa. Dapat la bawa sekotak strawberi yang segar bugar ke kelas keesokkan harinya untuk dikongsi dengan kawan2 pensyarah semasa kuliah.
Ini lah pengalaman pertama Annisa melihat pelbagai jenis rama-rama dan makan fresh strawberi di ladang strawberi di Cameron Highlands. Walaupun beliau agak kecil untuk mengingati semua pengalaman dan kenangan ini, tetapi melalui gambar2 yang dirakam, ianya dapat menceritakan segala-galanya...
Terima kasih kepada hubby kerana sanggup bercuti panjang menjaga baby Annisa sepanjang tempoh kursus induksi ini dan amat tenang serta sabar melayan karenah dan telatah si Kecil yang banyak kali 'meragam' tak tidur malam.
Doa mohon diberi ilham untuk mensyukuri nikmat dan beramal soleh serta dimasukkan ke dalam golongan orang yang soleh
" Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkan lah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-Mu yang soleh". (Surah An-Naml: 19)- petikan dari Harian Metro, 31 Dis. 2010 m.s V3
Monday, January 3, 2011
Blog Baru Tahun 2011
KENAPA LA SIBUK-SIBUK NAK TULIS BLOG INI?
Salam Semua,
Kita dikejutkan dengan pemergiaan aktor lelaki Faizal Yusof yang masih muda iaitu 33 tahun pada tanggal 1 Januari 2011. Saya terfikir ketika itu, anak kecil beliau yang berumur dua tahun lebih kehilangan seorang bapa dan mungkin tercari-carikan Allahyarham. Anaknya terlalu kecil untuk memahami Qada' dan Qadar , ketentuan Ilahi.
Jika itu yang terjadi kepada diri kita, sebagai anak, apakah si kecil akan ingat semua kenangan dengan si Ayah? Adakah si Kecil akan ingat segala pesanan dari seorang Ayah?
Justeru, saya terpanggil untuk menulis blog ini yang ditujukan khas untuk ahli keluarga saya terutamanya anak saya Annisa Qaisara Anuar. Ianya adalah bertujuan untuk memesan, menyampaikan, menasihati, mengingatkan serta untuk dijadikan landasan dan panduan hidup suatu hari kelak, dengan harapan, beliau akan menjadi insan yang berguna dan berjaya di dunia dan akhirat.
Penulisan ini adalah berdasarkan pengalaman, rasa yang tersurat dan tersirat serta pengetahuan cetek saya selama bergelar ibu kepada Anakanda Annisa Qaisara yang akan memasuki usia 9 bulan pada 9 Januari 2011.
Semoga ianya turut bermanfaat dan dapat dikongsi bersama pembaca-pembaca lain yang sudi menatap dan singgah di ruang ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)