Annisa sudah mula pandai duduk sendiri tanpa dipegang |
Genap usia Annisa Qaisara sebelas bulan. Annisa sudah boleh menyebut 'cat'. Itu lah haiwan kesayangan (wonderpet) Annisa. Ada masanya bila melihat mata kucing ini menyala-nyala, Annisa akan lari dan mengelak. Tapi dalam takut-takut tu, ada keinginan juga nak pegang kucing ini..
Wonder Pet-- anak kucing kesayangan.... |
Sehingga ke hari ini, apa yang dapat diperhatikan, Annisa bukan jenis yang hyperaktif atau lasak. Jarang barang mainannya di baling atau buang atau dirosakkan.
Malah, asyik kena buli je kalau tinggal di rumah pengasuh.Dan kalau jumpa sepupu-sepupunya, Raeesa dan Adani, confirm Annisa kena buli jugak. Bukan jenis melawan balik atau jenis terjah je tak makan saman.. Mungkin ini lah karektor Annisa yang sebenar.. lemah lembut dan berhalus orang nya.. Sebab itu ibu dan ayah Annisa senang bawa Annisa berjalan ke mana-mana...
Sambutan ulangtahun ke 11 bulan di KFC Segamat |
Waktu makan pun senang jugak. Annisa boleh duduk diam dan senang diberi makan. Tak susah macam anak orang lain, sampai mak ayah berkejar nak suap bagi makan, atau kena pegang tangannya takut tumpah.
Makan aiskrim dan nasi ayam di KFC |
Pesanan untuk Anakku:
Abu Hurairah berkata, "Seseorang menemui Nabi Muhammad dan bertanya, "Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak aku patuhi? Nabi menjawab, "Ibumu". Orang itu bertanya lagi, "Selepas itu, siapa pula?" Nabi menjawab "Ibumu". Orang itu terus bertanya, "Kemudian, siapa lagi?" Buat kali ketiga, Nabi menjawab, "Ibumu". Orang itu bertanya lagi, "Kemudian, siapa pula?" Nabi menjawab, "Bapamu". (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).Pengajaran: Nabi menjawab 'ibumu' hingga tiga kali dan selepas itu barulah nabi menjawab 'bapamu'. Ini menunjukkan tinggi dan mulianya kedudukan ibu berbanding kedudukan bapa.
No comments:
Post a Comment