|
Annisa suka sangat kalau dapat duduk hotel. |
Ketika cuti sekolah bulan Mac yang lalu , Annisa berkesempatan lagi ke Johor Bahru. Dalam masa dua minggu je dah dua kali Annisa dibawa oleh Ibu dan Ayah ke Johor Bahru atas urusan kerja. Tapi kali ni lebih menarik dan meriah kerana ditemani oleh family Kak Aleesya, Mina dan Rini serta Wan.
|
Pemandangan kota Singapura (Sembawang) dan Selat Melaka dari bilik hotel |
Wow, dari tingkap bilik hotel boleh nampak pemandangan kota Singapura.. Kata ibu, tunggu Annisa besar sikit nanti, boleh la melawat uncle Latif di Singapura atau berjalan ke Universal Studio Singapore. Annisa juga sempat menziarah kawan Wan di Jalan Pelangi, Johor Bahru.
|
Kali ini Annisa berpeluang mandi kolam dengan Ayah |
Pertama kali Annisa di bawa Ayah untuk mandi kolam. Hmm... nampaknya Annisa ni penakut air sejuk... pertama kali masuk kolam, dah menangis. Mula la hidung pun berhingus. Kak Mina dan Kak Aleesya suka sangat dapat mandi kolam... sampai terketar-ketar dan menggigil kesejukan.
|
First time masuk kolam, menangis la pulak...
|
|
Percutian di Selesa Hotel, Johor Bahru bersama Wan dan family Kak Aleesya |
Percutian dua hari satu malam ni menyeronokkan. Cuma Annisa tak sempat ke Bazar Malam JB sebab masa tu semua sepupu Annisa dah tidur awal kepenatan travel dari Segamat ke JB. Apa-apa pun, ketemu lagi JB di lain masa...
Pesanan Buat Anakku:
Nabi mengingatkan: "Keredhaan Allah itu bergantung pada keredhaan ibu bapa mu dan kemurkaan Allah juga bergantung pada kemurkaan ibu bapamu".
Pengajaran: Apabila seorang ibu redha kepada anaknya, Allah juga redha kepadanya. Sebaliknya, apabila ibu tersinggung dan merasa sakit hati kepada anaknya, Allah membencinya dan menganggapnya anak yang derhaka.
No comments:
Post a Comment