Sebaik tiba di lapangan terbang di Bandung |
Membeli belah di Pasar Baru |
Bergambar kenangan di pintu masuk Universiti Pendidikan Indonesia ala2 UPSI di Malaysia |
Jauh Berjalan Luas Pandangan... Perumpamaan yang tepat sekali kerana kita tidak akan dapat pengalaman berharga ini jika sekadar membaca secara teori dari buku. Kalau dulu masa saya kecil2, abah akan selalu bawa kami mengikuti beliau kalau bertugas ke luar daerah atau negeri, sekarang tiba masanya, saya pula bawa anak ketika bertugas ke luar daerah dan melancong ke luar negeri.
Kegembiraan jelas terpacar pada wajah si kecil, Annisa |
Perjalanan 4 hari 3 malam ke kota Bandung baru-baru ini meninggalkan kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan. Kota membeli-belah bagi penggemar barang2 dan pakaian berjenama di mana terdapat pelbagai "factory outlet" yang menjual barangan berjenama dengan harga yang amat murah. Patut la ramai rakyat Malaysia 'melontar' membeli belah di Factory Outlet dan di Pasar Baru. Kebanyakan barangan yang ditawarkan memang murah.
Annisa Qaisara keletihan dan sempat tidur di pangkuan seorang juru pandu.. |
Antara kenangan lain ketika melawat Bandung adalah penggembaraan mendaki dan menuruni denai untuk ke Kawah Domas. Agak jauh juga perjalanan dari Bandung ke Gunung Tangkuban Perahu, iaitu kira-kira 45 minit dari ISOLA Resort tempat penginapan kami. Setelah mendengar taklimat oleh juru pandu arah atau tour guide bertauliah di puncak Tangkuban Perahu, kami mula berjalan turun/ hiking ke Kawah Domas. Di sinilah terletaknya gunung berapi yang masih aktif lagi. Kali terakhir meletusnya larva di Gunung Tangkuban Perahu adalah pada tahun 1969. Ada ada cerita lagenda di sebalik nama gunung tersebut, yang diambil dari cerita Sang Kuriang.
Team jurupandu dan penjual2 barangan yang mengikuti kami ke Kawah Domas |
Kalau nak diikutkan hati dan kaki, memang penat dan tak terdaya berjalan turun naik gunung ni. Maklum la, dah lama sangat tak bersenam dan exercise..sebelum ni dapat buat exercise bila berjalan2 di shopping complex je. Tu yang rasa nak tercabut kepala lutut... Tapi nasib baik ada loket gunung berapi Quantum Excel..memang tak menghampakan... sampai tour guide pun terkejut sebab laju je jalan dan tak banyak kali berhenti rehat macam pelancong2 lain...Tak sia2 beli oket ni beribu2 ringgit...
Mungkin ini lah pertama kali dan juga kali terakhir kami menjejakkan kaki ke kawah gunung berapi yang masih aktif.. risau juga kalau la masa tu tiba2 meletus nya gunung berapi dan larva...
ISOLA resort yang tidak menghampakan pengunjungnya |
Pemandangan menuruni Gunung Tangkuban Perahu ke Kota Bandung memang amat menarik. Cuaca yang dingin, kiri kanan permandangan indah dengan kehijauan sawah padi, ladang teh serta tanaman sayur-sayuran,amat menyegarkan. Terasa macam di Cameron Highland. Rupa2nya, di sini lah Acha dan Irwansyah berlakon filem My Heart.
Hari kedua dan ketiga lebih banyak masa dihabiskan dengan 'melontar' atau membeli belah di factory outlet dan Pasar Baru. Antara tempat yang kami kunjungi adalah Toko Tiga tempat menjual jeans, barangan kulit, Jalan Cihampelas, Jalan Dago, Jalan Riau, Jalan Setiabudi dan lain-lain.
Banyak pilihan makanan di kota Bandung ini. Selain nasi ayam penyet, nasi ambeng dan bakso, nasi padang turut terdapat di sini. Makanan halal senang untuk diperolehi di Bandung. Masjid juga senang didapati kerana ramai penduduknya beragama Islam.
Kami juga turut dibawa ke sekitar Gedung Sate, sebuah bangunan kerajaan yang berbentuk seperti lidi sate. Difahamkan, pada hujung minggu terdapat beratus2 gerai jualan di jual di sekitar kawasan ini, atau ala2 weekend market atau ChaktuChak Market di Bangkok. Dan tak jauh dari sini kami juga melalui rumah pelakon Luna Maya yang telah ditinggalkan semenjak kes video tersebut tersebar dan dikecam oleh penduduk Islam di sana.
Yang pasti, kunjungan ke Bandung kali ini amat berbeza sekali kerana kunjungan kedua kali ini bersama suami dan anak. Kalau dulu pada tahun 2004, saya ke Jakarta dan Bandung bersama mak, abah, adik dan adik ipar. Insya Allah, kami pasti akan ke Bandung lagi...
Pesanan untuk Anakku Annisa: Terima kasih anakku dan Syukur kerana Annisa tak banyak karenah dan ragam ketika melancong dan berjalan ke tempat orang. Walaupun Annisa masih kecil dan belum faham serta kenal apa yang berlaku disekeliling Annisa, sekurang2nya saya tahu, Annisa tak takut naik kapal terbang atau gayat atau mabuk udara..

No comments:
Post a Comment