Dalam kesibukan menghadiri kelas dan melayan segala masalah pelajar, pemarkahan ujian 2, presentation, serta tugasan pelajar di minggu terakhir di semester Jan-April 2011 ini, saya agak tertekan dengan masalah mata yang dihadapi oleh Annisa. Ketika usia Annisa sekitar 4-5 bulan, baru kami sedar dan perasan, Annisa mempunyai masalah mata sebelah kanan
|
Contoh mata yang mengalami selaput akibat Rubella Sindrom: Sumber Wikipedia |
Seperti kata Dr Zainal dari Hospital Pakar Mata Tun Hussien Onn KL, Annisa mengalami juling choc fudge (kejap ada, kejap tak ada). Ianya berpunca dari masalah selaput mata atau eye cataracts. Itulah yang boleh menyebabkan bayi juling, kerana penglihatan bayi kurang jelas, samar dan terhalang. Lalu bayi akan menggunakan mata yang sebelah lagi yang normal untuk membantunya melihat.
Bagi kita yang jarang mendengar kes seperti ini, ianya akan menjadi suatu kehairanan dan kejutan. Bila di tanya kepada Pakar Mata, sudah tentu lah jawab mereka, ianya suatu kejadian yang sangat biasa dan normal kerana setiap hari mereka akan menghadapi pelbagai jenis penyakit mata dan pesakit dari berbagai peringkat umur dari bayi seusia sehari sehingga la orang dewasa atau warga emas.
Kalau diikutkan hati, mau saja saya tangguhkan sehingga berakhirnya peperiksaan semester Jan-April yang akan berlangsung dari 20 April hingga 1 Mei 2011 (Pelajar Diploma). Namun, apakan daya, memandangkan keadaan Annisa yang semakin tidak selesa, saya perlu percepatkan tarikh pembedahan tersebut.
Beberapa jam yang lalu Dr Zainal dari Hospital Pakar Mata Tun Hussein Onn menelefon untuk mengesahkan tarikh pembedahan mata yang bakal dijalankan ke atas Annisa Qaisara. Setelah berfikir panjang yang tiada kesudahannya dan beberapa kali menangguhkan pembedahan tersebut, akhirnya saya bersetuju untuk membenarkan pembedahan mata sebelah kanan yang bakal dilakukan pada 21 April 2011( hari ulangtahun Atuk Sahari).
Kali terakhir pemeriksaan mata dilakukan ke atas Annisa pada 26 Februari yang lepas. Dr Zainal cadangkan supaya pembedahan tersebut dilakukan secepat mungkin bagi membuang selaput mata or eyes cataract serta menukar kanta mata Annisa. Tetapi beberapa kali telah ditangguhkan dengan harapan ianya akan hilang dan kerana kesiankan si Kecil. Namun ternyata, ianya tidak membantu si Kecil. Mata Annisa semakin tidak selesa dengan selaput dalam matanya.Walaupun beliau tak menangis atau meragam, tapi beliau kerap menggosokkan mata kanannya seakan tidak selesa. Kalau la beliau pandai bercakap, sudah tentu Annisa akan mengadu....
Apa kesannya jika selaput mata ini tidak dibuang? Ia mungkin boleh menyebabkan pesakit rabun dan seterusnya buta. Apa Puncanya? Dan kenapa terjadi kepada bayi sejak lahir atau sejak hazali lagi.. ?
Antara sebabnya ialah, bayi tidak cukup bulan, atau kesan dari suntikan rubella, atau juga kesan daripada pendedahan radiasi, atau kesan dari pengambilan ubat-ubatan serta faktor keturunan. Dan mungkin juga, itulah yang telah ditakdirkan oleh Yang Maha Esa.
Mudah-mudahan keputusan yang diambil ini adalah yang tepat dan yang terbaik buat si kecil Annisa.
" Ya Allah, Kau lindungilah anak kecil ini Ya Allah. Berilah kesihatan yang baik kepada Annisa Qaisara sebelum dan selepas pembedahan ini. Permudahkan segala urusan dan mudah-mudahan pembedahan ini berjalan lancar dan berjaya tanpa sebarang komplikasi. Semoga Annisa cepat sembuh dan jelas penglihatannya". Amin