Tanggal 12 September 2015 genap usia si kecil Azzalea Qaizarra 10 bulan. Zarra sudah pandai duduk.. pandai merangkak.. pandai menggelengkan kepala tanda tidak mahu.. pandai buat jari twinkle twinkle... pandai tepuk tangan bila nyanyikan lagu "kalau rasa gembira tepuk tangan".
Zarra suka tidur dalam buai.. disebabkan Zarra dah boleh duduk, malam tadi Zarra jatuh buai... mungkin Zarra terus duduk setelah bangun dari tidur. Nasib baik ada tilam toto bawah buai tersebut.
Alhamdulillah, Kak Long Icha dan Kak Ngah Ina rajin main dan jaga Zarra. Zarra amat penggeli dan tak tahan bila digeletek.
Pantang bila Zarra tengah tidur dalam kereta dan tiba-tiba kereta berhenti di lampu isyarat atau sampai destinasi, Zarra pasti terjaga dan bangun.
Semoga Zarra menjadi anak yang solehah dan sihat serta ceria..
No comments:
Post a Comment