Birthday Arissa

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Usia Rina

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sunday, September 13, 2015

Semangat Merdeka dan cintakan Tanahair

Tanggal 31 Bulan Lapan Lima puluh tujuh...

 Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat Zon Jementah bagi kanak-kanak tadika KEMAS telah berlangsung pada 1 September 2015 di Balai Raya Paya Jakas.
 
Acara dimulakan dengan perbarisan oleh kanak-kanak tadika KEMAS ini. Sebanyak 6 buah tadika mengambil bahagian.


Seterusnya ucapan alu-aluan pegawai KEMAS, nyanyian lagu kebangsaan dan lagu patriotic kemerdekaan.


Rasa meremang bulu roma ketika kanak-kanak ini penuh semangat menyanyikan lagu negaraKu dan kemerdekaan. Mungkin mereka masih kecil untuk menghayati lirik lagu-lagu ini, namun semangat mereka harus di puji. Tak kenal maka tak cinta. Usaha tanamkan rasa cinta kepada TANAHAIR harus lah di pupuk dari kecil lagi agar mereka tidak menderhaka dan sayangkan agama, bangsa dan Negara.

Acara simbolik menanm pokok

Perbarisan

AZZALEA QAIZARRA - 10 Bulan


Tanggal 12 September 2015 genap usia si kecil Azzalea Qaizarra 10 bulan. Zarra sudah pandai duduk.. pandai merangkak.. pandai menggelengkan kepala tanda tidak mahu.. pandai buat jari twinkle twinkle... pandai tepuk tangan bila nyanyikan lagu "kalau rasa gembira tepuk tangan".

Zarra suka tidur dalam buai.. disebabkan Zarra dah boleh duduk, malam tadi Zarra jatuh buai... mungkin Zarra terus duduk setelah bangun dari tidur. Nasib baik ada tilam toto bawah buai tersebut.


Alhamdulillah, Kak Long Icha dan Kak Ngah Ina rajin main dan jaga Zarra. Zarra amat penggeli dan tak tahan bila digeletek.

 
Pantang bila Zarra tengah tidur dalam kereta dan tiba-tiba kereta berhenti di lampu isyarat atau sampai destinasi, Zarra pasti terjaga dan bangun.
 
Semoga Zarra menjadi anak yang solehah dan sihat serta ceria..