Birthday Arissa

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Usia Rina

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, April 11, 2013

Kunjungan ke The Little Big Club di Nusajaya Johor

Arissa bersama kakak Raessa (cousin)

Bulan lepas sekitar Mac, kami sekeluarga mengunjungi The Little Big Club di Nusajaya. Di situ la tempatnya Hello Kitty Town yang baru. Walaupun masih baru, ianya telah beroperasi sejak hujung tahun yang lalu.


Yang menarik di Hello Kitty Town ini adalah barangan Hello Kitty, Maskot Hello Kitty dan segala mainan dan perhiasan Hello Kitty boleh didapati di tingkat 1 ini.

Manakala di Tingkat 2 dan 3 adalah barangan dan mainan Bob the Builder, Angelina Ballerina, Thomas and Friends dan Barney.

Pelbagai toys Thomas and Friends
 
 

di Hello Kitty Town

Pertunjukan pentas oleh Barney yang menarik
 
Walaupun harga tiket agak mahal, iaitu RM50 untuk seorang di Hello Kitty Town , ataupun RM85 pakej untuk kedua-dua tempat iaitu hello kitty dan The Little Big Club (Barney), ianya amat berbaloi kerana ada pertunjukan Hello Kitty dan Barney.

Ianya sesuai untuk mereka yang mempunyai anak kecil kerana di dalam bangunan (indoor) dan berhawa dingin, berbanding dengan LEGOLAND (outdoor )tempat yang terbuka dan sesuai untuk remaja dan orang dewasa.

Suatu pengalaman yang menarik bagi ANnisa dan Arissa kerana dapat bergambar bersama Barney dan Angelina..... terima kasih Mama...

No comments:

Post a Comment