Birthday Arissa

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Usia Rina

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, October 23, 2012

11 bulan - Arissa Qairina

nakal dan comel
Usia baby Arissa Qairina 11 bulan pada 18 Oktober yang lalu. Kami ke McDonald's Segamat. Seperti biasa menu kegemaran yang pasti dibeli di McD adalah bubur ayam, kentang goreng dan ayam goreng. Annisa belum pandai makan burger lagi. Mama kata cukup la sebulan sekali atau dua kali makan di McDonald's. Tak boleh selalu sangat... Mama kata makan sayur, ikan dan buah je boleh banyak2.

Macam Upin jugak suka makan ayam goreng
 
Rina dah mula bertatih dan melangkah setapak dua. Baby Rina tak takut langsung. Tak macam kakak Annisa. Baby Rina selalu jatuh dan cepat bangun semula. Dan Rina juga selalu memanjat. Tak kira, panjat kerusi, sofa, kereta mainan kakak dan apa-apa sahaja. Jatuh terduduk pun dah kira biasa bagi Rina. Mama kata baby Rina ni terlebih berani, lasak, aktif dan jiwa kental. Ikut perangai ayah agaknya.
 

Suka buang dan campak barang-barang
 
Sebab tu kalau di rumah pengasuh, baby Rina akan jadi bahan kena usik. Ramai orang dan anak ibu pengasuh tu akan main dan buli baby Rina. Mungkin juga kerana Rina jarang menangis bila dibuli dan juga Rina jenis yang 'melawan' semula dan tidak mudah putus asa, itu yang membuatkan orang suka main dengan Rina. Hari-hari, ada je cerita yang akan disampaikan oleh ibu pengasuh kepada Mama setiap kali hendak pulang ke rumah.


Pertama kali gunting rambut oleh ayah sebab rambut depan dah panjang
 Ada kalanya pada sebelah petang di hujung minggu, ayah akan bawa kami ke taman permainan. Annisa dan Rina suka main gelungsur, buai dan jongkang-jongkit. Pada sebelah petang di sekitar rumah, mama akan bawa keluar Annisa dan Rina menaiki basikal kecil Annisa. Ada kalanya, Annisa akan menolak basikal kecil tersebut yang diduduki oleh baby Rina. Auntie-auntie di taman perumahan ni suka dukung dan main dengan baby Rina. Kadangkala bila dengar je kereta kami sampai di depan rumah, cepat-cepat auntie depan rumah datang dan dukung baby Rina.

Jalan-jalan dan bersiar di kawasan perumahan

Sekarang Rina dah kurang makan cerelac. Dia suka makan bubur nasi atau nasi panas. Gigi Rina dah ada sebatang (sebelah bawah). Rina suka minum vitagen, air kotak Milo dan air oren.

Tolong Mama mengemas barang-barang rumah
 Mama kata Rina paling suka 'mengemas". Tiap kali selepas Mama simpan dan kemas barang mainan yang berterabur, baby Rina akan tolong mengeluarkan semula barang mainan tersebut. Tapi Annisa anak yang paling rajin. ANnisa selalu tolong mama kemas barang mainan, buang sampah, lapkan air yang ditumpahkan oleh baby Rina dan juga buang lampin pakai buang adik.
 
Kata Mama, baby Rina hanya akan diam bila waktu tidur sahaja. Kalau tak, Rina akan main dan main dan main sahaja....itu la karenah dan telatah anak-anak....

Monday, October 1, 2012

Tumbuh Gigi

Gambar kenangan di pintu masuk River Cruise
Baru-baru ini pada 10-12 September yang lalu, kami semua ke Melaka kerana mama perlu menghadiri kursus PhD selama tiga hari. Kami bermalam di rumah Acik (kakak kepada Ayah) selama tiga hari di sana. Ayah yang menguruskan Annisa dan Rina pada waktu siang setelah mama pergi kerja.

Gatal gusi...baru tumbuh sebatang gigi @ usia 10 bulan...
 
Pada sebelah malamnya, kami keluar bersiar-siar di bandar Melaka. Mama bawa kami semua menaiki bot di Sungai Melaka (River Cruise). Pemandangannya amat cantik, penuh lampu warna-warni...tapi air sungainya agak busuk. Setiap orang dewasa dikenakan caj RM10.00 untuk masuk dan menaiki bot tersebut. Perjalanan selama kira-kira 30 minit bermula dari Taman Herba/Rempah sehingga ke Bandar Hilir (muzium kapal).Dan kemudian bot akan berpatah balik ke Taman Herba/Rempah semula. Jika pada hujung minggu, terlalu ramai pengunjung yang datang dan terpaksa beratur panjang. Namun pada hari biasa, ianya agak berkurangan dan tidak perlu bersesak-sesak.

Mengantuknya naik bot nie..
 
Pada keesokan malamnya, Mama dan Ayah bawa Annisa dan baby Rina ke Taman Tema ' Fun Fair' di Bandar Hilir pula. Annisa dan adik menaiki tren. Nampaknya adik Rina lebih berani naik tren tersebut. Annisa menangis bila keretapi mula bergerak. Ini adalah pengalaman pertama baby Rina naik tren dan ke 'Fun Fair'. Ayah juga dapat 1st prize untuk mainan BINGO. Dapat la Annisa hadiah keyboard kecil yang bernilai sekitar RM70.00. Seronok bukan kepalang Annisa..

Peace... belum pandai buat peace lagi...
Baby Rina sudah mula tumbuh gigi. Ada sebatang gigi sebelah bawah yang mula tumbuh dan keras. Adik memang suka makan. Dia akan makan apa sahaja samada yang mama atau orang bagi..atau pun dia akan mengutip apa sahaja yang dia nampak di atas lantai... memang lumrah bagi bayi yang sedang merangkak. tapi Mama selalu marah adik, bila nampak adik mengutip apa-apa di atas lantai, lalu dimasukkan ke dalam mulut. Ayah pula kadangkala panggil adik dengan gelaran "Majlis" atau "Bandaraya" sebab adik mengutip sampah atau apa-apa yang ada di lantai.


Banyaknya bear


Annisa pula dah makin banyak perkataan-perkataan baru yang kuar dari mulutnya. Huruf M, A, B, O pun dah kenal. Kalau Mama baca paper, Annisa pun nak jugak baca paper. Kalau Mama pegang buku, Annisa pun cepat-cepat cari buku dan pura-pura membacanya juga. Tapi ntah apa-apa perkataan yang keluar dari mulutnya.

Tapi sudah tiga empat malam ni, Annisa suka menangis ketika sedang tidur. Mengigau agaknya. Pernah dua hari lepas, Annisa macam bercakap seorang diri.. tiba-tiba sebut 'babai' dan memandang ke arah pintu. Bila Mama tanya siapa..Annisa kata hantu...

Annisa dah tak sabar nak balik kampung jumpa Atuk dan Wan minggu nie.. dapat jumpa sepupu-sepupu Annisa... iaitu kak Long Alesya, Kak Ngah Mina, Adani, dan Raessa...Kalau Pak Ngah balik, dapat juga jumpa Abg Shaqeel dan adik Shameel.... Jumpa lagi..