Beberapa minit sebelum menjalani pembedahan mata |
Sejam selepas keluar dari dewan pembedahan |
Atuk Sahari, Wan Noraini dan Kak Ngah Mina yang setia menemani di hospital |
Semalaman dan sehari suntuk Annisa terpaksa memakai penutup mata. Itu yang membuatkan Annisa rimas, dan tidak selesa. Nasib baik ANnisa bukan seorang yang agak lasak, jadi dapat dikawal juga pergerakan Annisa, walaupun kadangkala Annisa cuba untuk menarik penutup mata tersebut.
Keesokan harinya, Annisa dihantar semula oleh Atuk dan Wan ke Hospital Pakar Mata TUn Hussein Onn ini untuk mencuci dan pemeriksaan mata oleh Dr Zainal. Terima kasih Dr Zainal kerana telah mengetuai pembedahan ini dengan jayanya.
Kesan dari pembedahan ini, Annisa tidak boleh kena silau, habuk, air masuk ke mata, angin yang kuat, menggosok mata kanan. Mata Annisa juga perlu diletakkan ubat setiap 4 jam. Kesian juga melihat Annisa menangis ketika makan ubat dan letak 3 jenis ubat di mata kanan. Tapi, apa kan daya...
Mudah-mudahan penglihatan Annisa semakin jelas dan baik. Yang menggembirakan ibu ialah dua hari selepas pembedahan, Annisa sudah boleh duduk sendiri tanpa perlu disokong. Menurut kata Dr Zainal, mungkin ini antara kesan positif keseimbangan badan selepas menjalani pembedahan mata ini. Syukur padaMu Allah.
Terima kasih kepada Atuk, Wan, Kak Ngah Mina yang sudi menemani dan menghantar Annisa ke hospital. Serta terima kasih kepada Auntie Sherrie from Prudential yang datang melawat dan bawa toy Fisher Price.
No comments:
Post a Comment