Genap usia Annisa 10 bulan |
9 Februari 2011 , genap usia Annisa 10 bulan. 9 Februari juga adalah temujanji Annisa dengan doktor pakar mata dari Klinik Mata di Hospital Pakar Muar.
Pertama kalinya Annisa perlu menjalani ujian mata. Setelah didapati terdapat masalah pada anak mata sebelah kanan yang mungkin akan menyebabkan 'lazy eye' dan 'misalignment' pada mata kanan, kami perlu membawa Annisa bertemu doktor pakar mata untuk pemeriksaan selanjutnya.
Hasil pertemuan dengan dua orang doktor pakar mata, mereka mencadangkan agar Annisa menjalani pembedahan untuk menukar kanta mata beliau. Kos kanta yang perlu dibeli sekitar RM700 atas biayaan sendiri.
Apa la nasib anak kecil ini. Saya agak 'seriau' dan takut bila doktor meletakkan ubat titis serta alat besi untuk mencengkam/sengkang mata beliau agar tidak tertutup atau berkelip ketika pemeriksaan dilakukan. Menjerit-jerit memanggil 'ibu' dan menangis si kecil Annisa.. apakan daya, saya dan suami hanya dapat tolong memegang menenangkan Annisa. Sakit dan pedih barangkali apabila mata disengkang dengan besi. Hampir menitis air mata saya. Kalau la boleh tempat beliau digantikan dengan saya..... dah lama saya lakukan.. tak sampai hati....
Appointment atau temujanji dengan doktor pakar bius akan dilakukan pada 31 Mac akan datang... dan pastinya sekali lagi, mata Annisa akan diperiksa semula. Kini, beliau seakan trauma apabila matanya cuba disentuh...
Pemeriksaan kesihatan bulanan di Poliklinik Bukit Serampang |
Berat Annisa masih tiada kenaikan atau penurunan...masih kekal 6.5 kg..berada di tahap yang sama dengan bulan lepas. Amat merunsingkan kerana hampir memasuki zon merah... nak kata tak makan, tak jugak. Annisa makan bubur nasi, Cerelac dan biskut serta apa sahaja yang disuap ke mulutnya. Cuma kuantiti yang beliau makan amat sedikit.. dalam 10-12 sudu kecil bubur nasi.
Amat suka bila dapat duduk di dalam 'walker' sebab boleh ke sana sini.. |
Genap usianya 10 bulan, Annisa sudah mula tumbuh 2 batang gigi sebelah bawah. Bila dirasa dengan jari, terasa kerasnya gigi Annisa, walaupun gusi nampak masih putih. Haha.. bila waktu menyusu...mula terasa ngilu...
Annisa juga mula pandai menyulur ke hadapan apabila dibaringkan/ meniarap. Kerana sebelum ini Annisa akan mengangkat kedua2 tangan dan kaki (seperti terbang dan berenang), apabila meniarap. Kalau nak mengambil barang mainan, Annisa akan berguling2 untuk sampai ke tempat yang nak dituju. Namun kini Annisa boleh menggunakan tangan/lengan serta kaki belakang untuk menolak badannya ke hadapan.
Kini Annisa lebih suka kalau dimasukkan ke dalam 'walker'. Mudah untuk Annisa mengexplorasi dan meninjau2 keadaan sekelilingnya.. ataupun menilik dan mencari ibu jika ditinggalkan keseorangan di ruang tamu. Kalau dulu, Annisa tak boleh ditinggalkan keseorangan langsung, beliau pasti menangis ketakutan. Tapi kini semakin berkurangan, dan beliau akan mencari ayah atau ibu samada ke dapur, ruang makan atau bilik.
Semoga banyak lagi perkembangan dan kemajuan diri Annisa Qaisara dari sehari ke sehari...
"Ya Allah, berikan kesihatan yang baik dan tubuh badan yang sihat kepada anakku ini. Pelihara dan lindungilah anakku ini serta panjangkan umurnya. "Amin.
No comments:
Post a Comment