Birthday Arissa

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Usia Rina

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, February 23, 2011

Bazar Malam ala Uptown JB

Bergambar kenangan bersama tuan rumah, Kak Zuraidah

Sarapan pagi di Hotel Selesa, JB

Happynya Annisa dapat main di kolam renang.. tunggu dah pandai jalan baru dapat mandi kolam ya..
Kebetulan terserempak dengan bekas pelajar Uitm Segamat, Al-Amirul yang berniaga di Bazar JB

 
Inilah rupanya ruang makan yang telah diubahsuai...cantikkk
Hujung minggu lepas Annisa mengikuti ibu dan ayah ke bazaar malam atau ala uptown di J.B. Kalau sebelum ini kami tak berkesempatan untuk ke sana, kali ini lebih banyak masa dapat diluangkan untuk bersiar-siar di sana. Mungkin kerana Annisa dah semakin besar dan tidak banyak ragam serta kurang menangis. Senang juga la nak bawa berjalan si kecil Annisa, walau pun masih belum pandai jalan lagi.

Kalau dulu Danga Bay menjadi pusat tumpuan bagi pelancong untuk beriadah dan bergambar, kali ini ianya dalam proses pengubahsuaian..dan dah tak macam dulu lagi...

Duduk hotel pun boring jugak tak ada aktiviti nak dilakukan. Selepas check in di Hotel Selesa JB, kami mengambil keputusan untuk menaiki teksi je ke Bazar JB kerana agak sukar mencari tempat untuk meletak kenderaan.

Yang menariknya 'uptown' JB ni kesemua penjual adalah Bumiputera dan Melayu. Pelbagai barangan dijual di situ. Ibu sempat membeli beberapa barangan mainan untuk Annisa.

Antara kelainannya ialah barang-barang second hand untuk baby turut dijual di situ. Antaranya ialah stroller atau pram atau kereta sorong, car seat baby dan walker. Kebanyakan barang2 ini berjenama dan diperolehi dari negara jiran, Singapura.

Keesokkan hari (Ahad) kami menziarahi kawan ibu yang tinggal di Setia Tropika. Wow, amat cantik sekali ruang makan Auntie Zuraidah.. maklum la, masuk TV3 untuk dekorasi bersama Celcom/ Nippon Paint. Terpegun tengok interior design yang amat menarik serta set perabot yang cantik. Bila la Annisa nak ada rumah macam nie....

Selepas ke rumah Auntie Zuraidah, kami ke Taman Daya, menziarahi Auntie Alizah. Ini lah pertama kali Annisa berjumpa dengan Adam (anak Auntie Alizah) yang lahir ketika usia 7 bulan (premature). Adam dah makin sihat.. dah makin besar.. tak de masuk hospital lagi. Kalau tak, setiap 2 bulan Adam akan dimasukkan ke Hospital selama beberapa hari  atau minggu kerana penyakit asma dan semput. Kesian ibu Adam terpaksa ambil cuti yang lama. Sebulan lebih juga Adam terpaksa tinggal di Hospital selepas lahir kerana berat Adam 1.3kg ketika dilahirkan. Sekarang berat Adam dah 8 kilo. Terima kasih kepada Fusion Excel kerana loket pendant tersebut dapat membantu menyembuhkan penyakit Adam, berkat usaha dan doa ibu bapa Adam serta perkenan doa dari Yang Esa.

Kami balik ke Jementah dan sampai Jementah dari JB sekitar jam 9 malam. Sempat singgah di pasar malam Panchor dan pasaraya di Bukit Gambir untuk beli beberapa pek beras, minyak masak dan gula untuk disedekahkan kepada kawan ayah, Pak Basir untuk kenduri kahwin anaknya hujung minggu nie..

Pesan ibu kepada Annisa, dalam hidup ini kita kena perbanyakkan sedekah kerana kadangkala rezeki melimpa ruah yang kita perolehi hari ini  adalah hak orang lain sama. Dan bila kita beri SATU, Allah akan bagi SEPULUH kepada kita. Bersedekahlah sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu jika kita tidak dapat berbuat sekali dalam sehari.

Dan ada tiga amalan yang akan dihisab dan membantu kita pabila kita sudah tiada di alam fana ini kelak iaitu Doa dari anak yang Soleh/Solehah, Ilmu yang bermanfaat yang diajar dan disampai-sampaikan, serta Sedekah yang kita lakukan ketika kita hidup.

Tapi yang pasti, Annisa amat suka sekali sebab dapat jalan-jalan di JB dan tidur di hotel....

Thursday, February 17, 2011

Umurnya genap 10 bulan

Genap usia Annisa 10 bulan

9 Februari 2011 , genap usia Annisa 10 bulan. 9 Februari juga adalah temujanji Annisa dengan doktor pakar mata dari Klinik Mata di Hospital Pakar Muar.

Pertama kalinya Annisa perlu menjalani ujian mata. Setelah didapati terdapat masalah pada anak mata sebelah kanan yang mungkin akan menyebabkan 'lazy eye' dan 'misalignment' pada mata kanan, kami perlu membawa Annisa bertemu doktor pakar mata untuk pemeriksaan selanjutnya.

Hasil pertemuan dengan dua orang doktor pakar mata, mereka mencadangkan agar Annisa menjalani pembedahan untuk menukar kanta mata beliau. Kos kanta yang perlu dibeli sekitar RM700 atas biayaan sendiri.

Apa la nasib anak kecil ini. Saya agak 'seriau' dan takut bila doktor meletakkan ubat titis serta alat besi untuk mencengkam/sengkang mata beliau agar tidak tertutup atau berkelip ketika pemeriksaan dilakukan. Menjerit-jerit memanggil 'ibu' dan menangis si kecil Annisa.. apakan daya, saya dan suami hanya dapat tolong memegang menenangkan Annisa. Sakit dan pedih barangkali apabila mata disengkang dengan besi. Hampir menitis air mata saya. Kalau la boleh tempat beliau digantikan dengan saya..... dah lama saya lakukan.. tak sampai hati....

Appointment atau temujanji dengan doktor pakar bius akan dilakukan pada 31 Mac akan datang... dan pastinya sekali lagi, mata Annisa akan diperiksa semula. Kini, beliau seakan trauma apabila matanya cuba disentuh...


Pemeriksaan kesihatan bulanan di Poliklinik Bukit Serampang
15 Februari adalah tarikh pemeriksanan kesihatan bulanan yang perlu dihadiri. Sekali lagi, seakan trauma, walaupun sebelum ini beliau tidak pernah menangis atau takut untuk dicucuk/suntik, tapi kali ini Annisa menangis apabila ditimbang oleh jururawat.

Berat Annisa masih tiada kenaikan atau penurunan...masih kekal 6.5 kg..berada di tahap yang sama dengan bulan lepas. Amat merunsingkan kerana hampir memasuki zon merah... nak kata tak makan, tak jugak. Annisa makan bubur nasi, Cerelac dan biskut serta apa sahaja yang disuap ke mulutnya. Cuma kuantiti yang beliau makan amat sedikit.. dalam 10-12 sudu kecil bubur nasi.
Amat suka bila dapat duduk di dalam 'walker' sebab boleh ke sana sini..


Genap usianya 10 bulan, Annisa sudah mula tumbuh 2 batang gigi sebelah bawah. Bila dirasa dengan jari, terasa kerasnya gigi Annisa, walaupun gusi nampak masih putih. Haha.. bila waktu menyusu...mula terasa ngilu...

Annisa juga mula pandai menyulur ke hadapan apabila dibaringkan/ meniarap. Kerana sebelum ini Annisa akan mengangkat kedua2 tangan dan kaki (seperti terbang dan berenang), apabila meniarap. Kalau nak mengambil barang mainan, Annisa akan berguling2 untuk sampai ke tempat yang nak dituju. Namun kini Annisa boleh menggunakan tangan/lengan serta kaki belakang untuk menolak badannya ke hadapan.

Kini Annisa lebih suka kalau dimasukkan ke dalam 'walker'. Mudah untuk Annisa mengexplorasi dan meninjau2 keadaan sekelilingnya.. ataupun menilik dan mencari ibu jika ditinggalkan keseorangan di ruang tamu. Kalau dulu, Annisa tak boleh ditinggalkan keseorangan langsung, beliau pasti menangis ketakutan. Tapi kini semakin berkurangan, dan beliau akan mencari ayah atau ibu samada ke dapur, ruang makan atau bilik.

Semoga banyak lagi perkembangan dan kemajuan diri Annisa Qaisara dari sehari ke sehari...

"Ya Allah, berikan kesihatan yang baik dan tubuh badan yang sihat kepada anakku ini. Pelihara dan lindungilah anakku ini serta panjangkan umurnya. "Amin.