Birthday Arissa

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Usia Rina

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sunday, February 9, 2014

Kunjungan ke Legoland lagi untuk kali kedua 2013


LEGOLAND NUSAJAYA

Cuti sekolah bulan Disember yang lalu kami ke LEGOLAND semula. Kalau dulu kunjungan pertama pada bulan Mei 2013 waterpark masih belum dibuka.

 So, baru ni dapat la ke waterpark yang baru dibuka sekitar bulan Oktober 2013.

Amat teruja dapat masuk ke waterpark. Main tak ingat dunia.. tapi main outdoor lebih lama daripada waterpark.

kebetulan cuti sekolah, so, memang ramai la pengunjung ke sana.

Percutian kali ni lebih seronok sebab semua family members ada sama.. Atuk dan Wan pun join trip ni sama. Sepupu-sepupu pun ada jugak..

Tapi Rina tak happy sangat sebab banyak games dia tak boleh main.. kebanyakkannya kena cukup ketinggian 90 cm baru boleh main..atau pun 4 tahun ke atas.

So, kali ni masuk dua-dua theme park.. puas hati... harap dapat pergi lagi tahun 2014..




Hotel baru di LEGOLAND.. 


Bila sepupu-sepupu bertemu

Paksu Ijai pun nak main

Stoller ni boleh disewa di LEGOLAND.. mudah..

Boleh je bawak stoller sendiri kalau tak nak sewa

Game ni untuk 4 tahun ke atas sahaja.. kesian Rina tak dapat naik



Ni antara roller coaster yang menyeramkan.. tinggi dan curam


Pemandangan sekitar LEGOLAND dari atas tower.


Choo.. choo.. Thomas and friends


Bawa Wan naik train

Dah memang hobi Atuk untuk ambil gambar...


Waterpark... tak perlu bawak pelampung sendiri..semua disediakan

Tunggu ombak dating.. ramainya umat manusia




Meriah..suasana Christmas..

Jumpa lagi LEGOLAND.....

2 tahun 2 bulan 22 hari - Usia Arissa Qairina



Hari ni genap usia Qairina 2 Tahun 2 bulan dan 22 hari.


 
 Rina dah banyak mulut dan cakap. Kalau dulu sebelum 2 tahun, Rina kurang bercakap.... tapi sekarang dah banyak membina ayat.. dah banyak bertanya.. pot pet pot pet..

Rina yang amat aktif.. bukan nak berjalan.. tapi asyik nak berlari je.. dan suka memanjat.
 

Rina yang halus.. amat sukar makan nasi dan makanan yang heavy-heavy.. tapi suka sangat ayam goreng...

Rina yang comel.. suka angkat-angkat kening bila disuruh.. dan suka menjeling..
Anak solehah.. bergambar dengan kakak Annisa dan best friend YAYA

Rina ni kekadang amat hangin.. bila mood baik, disuruh lipat baju...cepat je tolong. Tapi bila mood tak baik, suruh tolong siram bunga ke..ambil barang ke... kemas alat mainan ke, langung buat tak tau je..
Suka sangat kalau dapat gi playground

Agaknya bila la Rina nak berhenti menyusu... dah dua tahun..tapi masih fully breast feeding.

Cuma kalau terlalu haus, botol susu kakak pun dia belasah je..

Kalau tidur, mesti amat lena sebab kepenatan...

Suka dapat aiskrim
 

 

Kalau barang dia, orang lain tak boleh usik..
Kalau barang kakak Annisa, Rina suka je rampas.. tapi kalau barang Rina kakak nak pinjam kejap pun tak boleh...

Ada masa memang selalu bergaduh dan berebut barang.. biasalah..budak-budak.. tapi jap je, pastu baik semula.

Rina...rina..rina... A cheerful and adorable little girl...