Ini lah homestay Hj Othman di Bandar Baru Uda - 4 bilik tidur |
Bulan Jun yang lalu ketika cuti sekolah, kami sekeluarga ke Johor Bahru. Ianya adalah bersempena dengan majlis pertunangan abg Emyzar (anak Mak Ngah Milah). Tunang Abg Emy orang Pandan. Kami menyewa homestay di Bandar Baru Uda.. RM250 kadar bayaran untuk satu malam. Amat berbaloi sebab boleh masak di rumah tu, hall yang selesa sebab ada air cond dan rumah yang dekat dengan Plaza Angsana dan Danga Bay.
Majlis pertunangan Emy dan Ina |
Pada malamnya, kami bersiar-siar ke Danga Bay dan makan stimboat di Dataran/Menara Jam MBJB. Puas hati Annisa dapat main di Danga Bay. Dapat naik tren dan beca di situ. Ramai famili yang bawa ahli keluarga bersama sempena dengan cuti sekolah. Makin lewat malam, makin ramai yang keluar bawa keluarga bersiar2... kalau dulu di kampung, orang dah tak keluar rumah lewat malam..
Malam kedua pula kami tidur di homestay di Bandar Seri Alam. Rumah dua tingkat yang mempunyai empat bilik. Kami ke Tg Langsat untuk menikmati hidangan seafood (makanan laut) di tepi laut. Selepas makan malam, kaum lelaki mula la dengan projek memancing di jeti Tg Langsat tersebut. Ramai kaki pancing bawa famili memancing bersama. Kebanyakan dapat ketam, berbanding ikan. Kalau yang nak cuba memancing di kelong, boleh sewa bot dari jeti tu jugak.
Ketika membeli belah UO di Plaza Angsana, mama beli barang dari Johnson & Johnson. Annisa dan baby ARissa pula masuk contest/pertandingan bayi comel..tapi tak menang apa2 pun... snap photo je kat sana...untuk dihantar ke HQ J&J.. beli barangan J&J bernilai RM10, layak menyertai pertandingan ini. Ketika nak balik, terserempak dengan pelakon kanak2 Mia di Plaza Angsana.